CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1226|Reply: 7

[Sarawak] [Berita Gerun] Kluster Long Urun, Belaga rekod tambahan 281 kes baharu COVID-19

[Copy link]
Post time 22-8-2021 06:49 AM | Show all posts |Read mode
KUCHING: Kluster Long Urun yang diisytiharkan di Belaga semalam merekodkan tambahan 281 kes baharu COVID-19 hari ini.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) dalam kenyataan berkata ini menjadikan jumlah keseluruhan kes yang dikesan di bawah kluster ini meningkat kepada 360 kes.

“Daripada seramai 669 individu yang disaring di bawah kluster ini, 360 individu didapati positif termasuk kes indeks, 200 individu negatif dan 109 individu lagi masih menunggu keputusan ujian saringan,” katanya.

Selain Kluster Long Urun, 14 lagi kluster turut merekodkan penambahan kes baharu hari ini iaitu Kluster Kampung Kakeng (27), Kluster Jalan Lembah Hijau (25), Kluster Jalan Seringgok (14), Kluster Bungey 2 (9) dan Kluster Kampung Muara Tebas 2 (6).

Lagi tambahan kes direkodkan melibatkan Kluster Jalan Kemena Industry Estate 38 (3), Kluster Lubuk Bukut (3), Kluster Kampung Quop (2), Kluster Sungai Menok (2), Kluster Jalan Akses (2), Kluster Tanjung Kibong (2), Kluster Ensebang Plaie (2), Kluster Kampung Bunuk (1) dan Kluster Kandis Pantu (1).

“Keseluruhannya 380 tambahan kes baharu direkodkan hari ini melibatkan 15 kluster ini.

“Tiada kluster baharu dikesan dengan jumlah kluster aktif di Sarawak kekal sebanyak 116 kluster,” katanya.

JPBNS turut memaklumkan dua kluster ditamatkan hari ini  iaitu Kluster Sungai Bedil Besar di Kuching dan Kluster Pasar Basah di Mukah.

Penamatan kluster ini dibuat selepas tiada kes baharu dikesan dalam tempoh 28 hari yang lepas melibatkan dua kluster ini.

Sementara itu, JPBNS memaklumkan daerah Kapit kembali kepada status Jingga daripada Merah setelah merekodkan 38 kes jangkitan tempatan dalam tempoh 14 hari lalu manakala daerah Sebauh bertukar kepada status Jingga dari Kuning setelah merekodkan 21 kes jangkitan tempatan dalam tempoh 14 hari lalu.

Sementara daerah Meradong katanya, telah kembali kepada status Kuning daripada Jingga setelah merekodkan 13 kes jangkitan tempatan dalam tempoh 14 hari yang lepas.

“Ini menjadikan daerah berstatus Jingga di negeri ini kepada empat daerah manakala daerah berstatus Merah sebanyak 23, daerah berstatus Kuning sebanyak lapan daerah dan status Hijau lima daerah,” katanya.

Mengenai laporan notis kompaun, polis Sarawak telah mengeluarkan 11 notis kompaun dengan 10 di Kuching dan satu di Bintulu kerana gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan menjadikan jumlah keseluruhan kompaun dikeluarkan sehingga kini sebanyak 10,089.

JPBNS menambah, manakala Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan pula telah mengeluarkan satu notis kompaun dibawah seliaan Majlis Daerah Serian atas kesalahan melanggar SOP.

Dengan ini sebanyak 1,435 notis kompaun telah dikeluarkan dibawah Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan setakat ini.

Agnes Tugong dan Marlinda Marzuki

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-8-2021 07:11 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-8-2021 07:12 AM | Show all posts
ades ...

semoga ibu yang tengah mengandung tu cepat sembuh ... aamiin ...


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-8-2021 07:13 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-8-2021 07:16 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-8-2021 07:21 AM | Show all posts
Kesemua kes telah ditempatkan di Hospital Kapit dan Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) di Daerah Kapit.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-8-2021 12:00 PM | Show all posts

Kluster Long Urun, Belaga rekod tambahan 281 kes baharu COVID-19

Edited by Vellfire at 22-8-2021 04:03 AM

Kluster Long Urun, Belaga rekod tambahan 281 kes baharu COVID-19


KUCHING: Kluster Long Urun yang diisytiharkan di Belaga semalam merekodkan tambahan 281 kes baharu COVID-19 hari ini.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) dalam kenyataan berkata ini menjadikan jumlah keseluruhan kes yang dikesan di bawah kluster ini meningkat kepada 360 kes.

“Daripada seramai 669 individu yang disaring di bawah kluster ini, 360 individu didapati positif termasuk kes indeks, 200 individu negatif dan 109 individu lagi masih menunggu keputusan ujian saringan,” katanya.

Selain Kluster Long Urun, 14 lagi kluster turut merekodkan penambahan kes baharu hari ini iaitu Kluster Kampung Kakeng (27), Kluster Jalan Lembah Hijau (25), Kluster Jalan Seringgok (14), Kluster Bungey 2 (9) dan Kluster Kampung Muara Tebas 2 (6).

Lagi tambahan kes direkodkan melibatkan Kluster Jalan Kemena Industry Estate 38 (3), Kluster Lubuk Bukut (3), Kluster Kampung Quop (2), Kluster Sungai Menok (2), Kluster Jalan Akses (2), Kluster Tanjung Kibong (2), Kluster Ensebang Plaie (2), Kluster Kampung Bunuk (1) dan Kluster Kandis Pantu (1).

“Keseluruhannya 380 tambahan kes baharu direkodkan hari ini melibatkan 15 kluster ini.

“Tiada kluster baharu dikesan dengan jumlah kluster aktif di Sarawak kekal sebanyak 116 kluster,” katanya.

JPBNS turut memaklumkan dua kluster ditamatkan hari ini  iaitu Kluster Sungai Bedil Besar di Kuching dan Kluster Pasar Basah di Mukah.

Penamatan kluster ini dibuat selepas tiada kes baharu dikesan dalam tempoh 28 hari yang lepas melibatkan dua kluster ini.

Sementara itu, JPBNS memaklumkan daerah Kapit kembali kepada status Jingga daripada Merah setelah merekodkan 38 kes jangkitan tempatan dalam tempoh 14 hari lalu manakala daerah Sebauh bertukar kepada status Jingga dari Kuning setelah merekodkan 21 kes jangkitan tempatan dalam tempoh 14 hari lalu.

Sementara daerah Meradong katanya, telah kembali kepada status Kuning daripada Jingga setelah merekodkan 13 kes jangkitan tempatan dalam tempoh 14 hari yang lepas.

“Ini menjadikan daerah berstatus Jingga di negeri ini kepada empat daerah manakala daerah berstatus Merah sebanyak 23, daerah berstatus Kuning sebanyak lapan daerah dan status Hijau lima daerah,” katanya.

Mengenai laporan notis kompaun, polis Sarawak telah mengeluarkan 11 notis kompaun dengan 10 di Kuching dan satu di Bintulu kerana gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan menjadikan jumlah keseluruhan kompaun dikeluarkan sehingga kini sebanyak 10,089.

JPBNS menambah, manakala Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan pula telah mengeluarkan satu notis kompaun dibawah seliaan Majlis Daerah Serian atas kesalahan melanggar SOP.

Dengan ini sebanyak 1,435 notis kompaun telah dikeluarkan dibawah Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan setakat ini.



utusanborneo.com.my/2021/08/21




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2021 07:41 PM | Show all posts

dapat dari Bintulu
yah dari sene ndaknya oleh..
sene juak tujunya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-12-2024 05:41 PM GMT+8 , Processed in 0.044826 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list