CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1524|Reply: 16

Individu cantik, kacak lebih mudah ditawarkan pekerjaan

[Copy link]
Post time 22-8-2021 06:54 AM | Show all posts |Read mode
NEW YORK- Satu kajian baharu mendapati individu yang cantik dan kacak adalah lebih mudah untuk ditawarkan pekerjaan serta mendapat penilaian prestasi lebih baik, lapor portal berita MailOnline semalam.

Individu dengan penampilan kurang menarik pula boleh mendapat peluang sama sekiranya berdiri dalam postur badan yang menggambarkan ‘kehebatan’.

Sekumpulan penyelidik dari Universiti di Fakulti Pengurusan Buffalo itu menyatakan bahawa individu yang kurang menarik boleh mendapatkan kelebihan sama yang dinikmati golongan rupawan sekiranya mereka berdiri dengan melebarkan bahu, meletakkan tangan pada pinggul serta dagu ke atas yang dikenali sebagai ‘postur hebat’.

“Dengan mendapatkan postur fizikal yang dikaitkan dengan kuasa dan keyakinan, mereka yang berpenampilan kurang menarik boleh mengurangkan perbezaan dalam pencarian pekerjaan,”  jelas penulis kajian itu, Min-Hsuan Tu dalam satu kenyataan.

Pasukan penyelidik itu mengumpulkan data dari Mac 2015 hingga Februari 2016, dan penampilan peserta dinilai dalam skala satu hingga lima.

Satu disifatkan sebagai ‘paling tidak menarik’ manakala lima sebagai ‘paling menarik’.

Sebagai tambahan, satu lagi kajian dijalankan dengan kedua-dua kajian itu mengumpulkan 300 orang peserta yang menyertai pencarian kerja secara palsu bersama sebuah syarikat, disertai dengan temu ramah selama tiga minit bersama pengurus.

Hasil kajian berasingan itu mendapati, pengurus melihat individu yang berpenampilan menarik lebih cenderung untuk ditawarkan pekerjaan kerana memiliki gerak-geri yang lebih baik. -Kosmo

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-8-2021 06:54 AM | Show all posts

Individu berpenampilan menarik lebih mudah ditawarkan pekerjaan kerana mempunyai gerak-geri yang lebih baik. - Business Insider
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2021 10:08 AM | Show all posts
betul2.. bukan setakat dpt keje je,
kereta parking tepi jalan pun, ramai yg berhenti nak hulur bantuan padahal bukan rosak pun..
kalau pergi jalan bawak barang byk, nnti ada yg offer nak tolong angkatkan..
byk lg aku nak listkan hasil pemerhatian aku bertahun2 ni..

so forumer semua,kalau pregnant nanti, doa anak2 biar goodlooking..
kalau goodlooking tp kureng dr segi education pun, inshaallah rezeki melimpah jugak..
zaman skrg zaman ig, tiktok tu semua.. jual keindahan dunia je..
bak kata pepatah, usaha tangga kejayaan, tp rupa escalator kejayaan..
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2021 10:43 AM | Show all posts
Lagi satu mandarin speaking yah
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2021 11:19 AM | Show all posts
hahaha...meols lah tu salah sorang nya masa awal 20an dulu, kalau mintak kerja je mesti kena reject. Lepas beberapa kali asik kena reject, meols perasan diorang amik kira faktor wajah juga. Meols berwajah sedih katanya. Dan juga faktor2 lain lah yang majikan rasa tak memenuhi piawaian yang diorang nak. So meols buat kerja bodo2 je, tapi tu pun ada yang kene reject pfffttttt sedih betul hidup ini lepas tu meols buat je kerja dengan orang yang boleh menerima meols seadanya. Yang penting halal gaytohhhh.
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2021 11:21 AM | Show all posts
orang yang ada rupa ni, of coz la diorang lebih konfiden. Sebab tu gerak geri diorang pun lebih menonjol. Namun, setiap orang pasti ada kekurangannya.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-8-2021 12:08 PM | Show all posts
Dunia mmg kejam..
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2021 12:08 PM | Show all posts
bertabahla sis..dunia memang superficial konsepnya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-8-2021 12:12 PM From the mobile phone | Show all posts
So sbb tu bila i jd interviewer i ambil yg krg berupa janji pandai buat keje sbb sepjg i keje i rasa yg muka lawa2 ni krg pandai buat keje dan gunakan rupa utk siapkan keje mrk...dgn bos ponpuan..muka x jln ya...hehe...
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2021 12:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Yupp truth hurts girtuhhh
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2021 05:37 PM | Show all posts
Itulah kenyataannya dunia hari ini
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2021 06:13 PM | Show all posts
True..penampilan menarik lebih diberi peluang
Selepas tu kena usaha lebih laa
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2021 12:00 AM | Show all posts
iyelah kot
lg satu aku klu gi kedai tengok cashier dia cun rasa nak pergi lg
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2021 12:59 AM From the mobile phone | Show all posts
dunia mmg kejam nk wat camna..tp awat gambar tu selekeh xtally ngn tajuk
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2021 12:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Ye la kot. Adik ipar aku yg rupa tak berapa nk ada tu senang je nk dpt keja. Seminggu lps konvo terus kena sambar dgn kompeni besar,tp memanjang dpt Dean list la.
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2021 09:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Mesti siapa yang buat kajian ni mcm senang kan… I mean it’s almost a fact yang kita semua suka benda2 cantik..cuma yela, cantik tu subjektif…
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-8-2021 09:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Tapi cuba chuols tanya sapa2 yg kacak dan cantik tu, apa challenge yang diorang terpaksa hadapi dekat tempat kerja. Orang dengki tak tentu pasal, orang cakap asyik guna rupa sedangkan ramai je org lawa2 ni memang brainy. Bak kata colleague veteran iols selepas pemerhatian beliau, kekadang Tuhan jadikan orang lawa2 ni memang hati baik, balance and check gituh. Tapi orang2 yang tak berapa berupa, kadang hati tak berapa nak baik. Sebab kalau dia hati tak baik dan ada rupa, hancur dunia jadinya. Betul ke tak wallahualam.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-10-2024 12:43 PM GMT+8 , Processed in 0.059196 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list