View: 621|Reply: 1
|
Jurulatih Venezuela letak jawatan sebab tak dibayar gaji
[Copy link]
|
|
Caracas: Jurulatih Venezuela dari Portugal Jose Peseiro meletakkan jawatan itu kurang dua minggu menjelang tiga aksi kelayakan Piala Dunia kerana tidak dibayar gaji selama setahun kata, persekutuan negara itu.
"Semalam kami menerima surat daripada pengarah teknikal mengenai penamatan kontraknya," kata Presiden Bola Sepak Venezuela, Jorge Gimenez.
"Kami berbincang dengannya pada sebelah malam dan menjelaskan bahawa sukar untuk kami memahami kedudukannya kerana kami akan melalui tiga perlawanan," kata Gimenez.
Itu bagaimanapun tidak dapat mengubah keputusan Peseiro yang mengesahkan peletakan jawatan pada Jumaat.
Pasukan kerdil dari Amerika Selatan, Venezuela akan bertemu Argentina, Peru dan Paraguay dalam aksi kelayakan Piala Dunia antara 2 September dan 9 September.
Mereka kini menduduki tempat kedua di bawah dari 10 pasukan kelayakan CONMEBOL yang mana empat pasukan teratas akan menempah tiket ke final 2022 di Qatar manakala pasukan di kedudukan kelima akan beraksi dalam perlawanan play-off antara benua.
Peseiro dilantik mengalas tugas itu pada Februari tahun lalu sebelum pandemik Covid-19 melanda dunia.
Gimenez berkata pihaknya berhutang kepada Peseiro "tidak lebih dan tidak kurang dari setahun" gaji dan menambah "dia hampir tidak dibayar apa-apa sepanjang menjalankan tugasnya."
Peseiro meraih satu kemenangan, tiga seri dan enam kekalahan ketika menjadi jurulatih "Vinotinto".
Hingga kini belum ada pengganti diumumkan.
HMetro
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
PESEIRO meletak jawatan selepas tidak dibayar gaji selama setahun. FOTO AFP |
|
|
|
|
|
|
| |
|