View: 825|Reply: 1
|
Empat pemain Arsenal positif Covid-19
[Copy link]
|
|
London: Arsenal mendedahkan empat pemainnya iaitu Pierre-Emerick Aubameyang, Alexandre Lacazette, Willian dan Alex Runarsson diuji positif Covid-19 minggu lalu.
Ketiadaan dua penyerang untuk perlawanan pertama Liga Perdana musim ini menimbulkan spekulasi namun penjelasan paling logik adalah dikaitkan dengan pandemik yang dialami dunia ketika ini.
Daripada empat pemain itu, Lacazette dan Runarsson akan diketepikan untuk perlawanan menentang Chelsea dengan Aubameyang dijangka akan kembali berlatih dan penilaian lanjut akan dilakukan sebelum Ahad ini.
Sementara Willian, kelab berkata, "Kesihatan dan kecergasannya akan dipantau dan dinilai menjelang perlawanan Ahad ini."
Lacazette dan Runarsson masih belum pulih tetapi Willian sedang dipertimbangkan untuk pertembungan dengan bekas kelabnya.
Kelab-kelab Liga Perdana Inggeris mengadakan ujian dua kali seminggu tetapi selepas timbul kebimbangan terhadap status skuad Arsenal sebelum kunjungan ke Brentford, mereka diarahkan melakukan ujian pada hari perlawanan.
The Gunners akan turun tanpa Thomas Partey (buku lali), Gabriel (lutut) dan Eddie Nketiah (buku lali) namun berharap dapat menurunkan Martin Odegaard dan Aaron Ramsdale yang kedua-duanya menjalani ujian perubahan hari ini sebelum perpindahan daripada Real Madrid dan Sheffield United secara rasmi.
Wujud keraguan terhadap pemain Norway itu kerana memerlukan visa dan adakah ia dapat dikeluarkan tepat pada masanya.
Kedua-dua pemain itu perlu didaftarkan hari ini untuk layak diturunkan Ahad ini.
HMetro
|
|
|
|
|
|
|
|
AUBAMEYANG antara pemain Arsenal yang diuji positif Covid-19. FOTO Agensi |
|
|
|
|
|
|
| |
|