View: 679|Reply: 1
|
Lukaku kembali ke Stamford Bridge
[Copy link]
|
|
London: Permulaan buruk Arsenal mungkin akan menjadi lebih teruk apabila Chelsea mendedahkan mengikat Romelu Lukaku yang akan membuat penampilan penampilannya pada Ahad ini sementara Liverpool dan Manchester United dilihat bersedia mencabar gelaran juara liga.
Lukaku kembali ke Stamford Bridge, tujuh tahun selepas musim pertamanya di Chelsea beraksi dengan nilai perpindahan £97 juta (RM560.2 juta) selepas memimpin Inter Milan merangkul gelaran Serie A musim lalu.
The Blues percaya penyerang Belgium itu akan menjadi senjata terakhir yang diperlukan untuk mengubah skuad yang sudahpun memenangi Liga Juara-Juara musim lalu seterusnya menjadi pencabar perebutan Liga Perdana.
Lukaku sudah berada dalam senarai 20 peledak sepanjang masa Liga Perdana dengan 113 gol ketika bersama West Brom, Everton dan Manchester United.
Namun selepas menamatkan musim yang tidak menggembirakan bersama United, pemain berusia 28 tahun itu mempamerkan aksi mengagumkan sepanjang dua musim di Itali.
"Saya rasa saya lebih banyak belajar tentang diri saya, menetapkan standard yang lebih tinggi untuk diri saya sendiri," kata Lukaku mengenai perubahannya selepas dua tahun meninggalkan Liga Perdana.
"Sebagai pemain, saya menjadi lebih lengkap kerana permainan di Itali lebih sukar, lebih banyak teknikal dan taktikal yang mana banyak membantu saya."
Arsenal turut mengikat dua pemain baru menjelang perlawanan Ahad ini iaitu Aaron Ramsdale dan pemain tengah, Martin Odegaard yang menyertai Gunners.
Kehadiran dua pemain itu menyaksikan Arsenal membelanjakan jumlah besar pada jendela perpindahan lebih daripada Chelsea selepas ketibaan £50 juta (RM288.7 juta) pertahanan Ben White, Albert Sambi Lokonga dan Nuno Tavares.
Pelaburan itu satu yang mengejutkan dengan Arsenal menghadapi musim kelima berturut-turut tanpa mara ke Liga Juara-Juara.
HMetro
|
|
|
|
|
|
|
|
LUKAKU mampu jadi senjata rahsia Chelsea. FOTO AFP |
|
|
|
|
|
|
| |
|