CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 770|Reply: 1

Perlantikan Ghani tepat - Satianathan

[Copy link]
Post time 20-8-2021 08:01 PM | Show all posts |Read mode
Kuala Lumpur: Siapa sangka Presiden Liga Bolasepak Malaysia (MFL) yang baharu, Datuk Ab Ghani Hassan sebenarnya adalah seorang bekas pemain yang pernah menyarung jersi Negeri Sembilan pada era 80an dulu.

Lantas, pemilihannya sebagai individu nombor satu dalam menguruskan saingan Liga Malaysia (Liga-M) dilihat tepat dan cukup arif dengan perkembangan serta senario bola sepak tempatan.

Ia diakui Presiden Persatuan Jurulatih Bolasepak Malaysia (PJBM), B Satianathan yang menyifatkan Ghani mempunyai jiwa mendalam terhadap bola sepak kerana bukan sahaja pernah terbabit dalam pengurusan tetapi pernah menjadi bekas pemain.

"Pelantikan beliau memang tepat kerana sudah lalui banyak pengalaman dari sudut pengurusan dan pemain, saya boleh bercakap begini kerana saya kenal lama Ghani.

"Saya menjadi ketua pasukan di Negeri Sembilan pada tahun 1988 dan beliau ada beraksi bersama-sama saya sebagai pertahanan. Semasa bermain satu pasukan, beliau seorang yang begitu berdisiplin dan sentiasa bekerjasama dalam pasukan.

"Jika tidak kerana beliau mahu berikan fokus terhadap kerjaya selaku pegawai bank pada waktu itu, saya rasa dia boleh bermain untuk peringkat kebangsaan kerana dia ada kualiti yang baik dari segi tandukan, bijak membaca permainan serta punyai kaki kiri yang cukup baik.

"Setahun kemudian, saya menjadi jurulatih bagi skuad Piala Emas Raja-Raja dan beliau berada dalam pasukan yang menyaksikan buat pertama kalinya Negeri Sembilan muncul juara," katanya.

Malah menurut Satianathan lagi, Ghani sebenarnya seorang pemain serba boleh di mana turut mampu bermain di posisi penyerang dan pertahanan.

Isnin lalu, Ghani yang sebelum ini bertindak selaku Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MFL dipilih sebagai Presiden MFL baharu bagi menggantikan Datuk Hamidin Mohd Amin.

Pelantikan itu dibuat menerusi persetujuan Ahli Lembaga Pengarah MFL hasil daripada Mesyuarat Khas Ahli Lembaga Pengarah MFL selepas menerima surat peletakan jawatan daripada Hamidin bertarikh 12 Ogos lalu.

Untuk rekod, Ghani, 58, mula mewakili Negeri Sembilan untuk beraksi dalam Liga Dunhill dan Piala Malaysia pada 1982 ketika berusia 19 tahun.

Sudah pasti antara detik yang paling diingati adalah penampilannya bersama lagenda Allahyarham Datuk Mokhtar Dahari dalam skuad Pilihan Negeri Sembilan menentang kelab Belanda, FC Groningen yang ketika itu diwakili bintang Singapura, Fandi Ahmad.

Pada aksi yang berlangsung di Stadium Merdeka itu, skuad Pilihan Negeri Sembilan tewas 3-2.

HMetro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-8-2021 08:02 PM | Show all posts

GHANI Hassan bekas pemain yang pernah menyarung jersi Negeri Sembilan pada era 80an dulu. FOTO Owee Ah Chun
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-1-2025 07:21 AM GMT+8 , Processed in 0.036321 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list