View: 747|Reply: 1
|
Asnan atur langkah pertama bersama Kedah
[Copy link]
|
|
Alor Setar: Pemain tengah Kedah Darul Aman FC (KDA FC) Asnan Ahmad atau dipanggil Cikgu Asnan mahu aksi sulung bersama KDA FC menjadi langkah pertamanya dalam membantu skuad Hijau Kuning mencapai misi kejayaan pada musim ini.
Beliau yang beraksi pada babak kedua perlawanan KDA FC menentang Penang FC minggu lalu dilihat tampil dengan penuh berkeyakinan di ruang tengah, walaupun penampilan itu adalah aksi kali pertama beliau sejak menyertai skuad kendalian Aidil Sharin.
Menerusi media rasmi KDA FC hari ini, Pemain kelahiran Pendang, Kedah ini menyatakan harapan yang tinggi untuk membantu skuad Hijau Kuning melebarkan kejayaan dalam saingan yang sedang dihadapi pada musim ini.
"Saya teruja kerana kembali dapat beraksi bersama pasukan Kedah selepas kali terakhir beraksi bersama skuad Piala Presiden Kedah pada 2011 hingga 2012 yang lalu.
"Harapan saya kini adalah untuk terus membantu pasukan KDA FC dalam meneruskan momentum kemenangan," katanya.
Sementara itu Ketua Jurulatih KDA FC Aidil Sharin Sahak turut gembira dengan perkembangan aksi berkeyakinan yang ditunjukkan Asnan pada penampilan pertamanya bersama pasukan pada selasa lalu.
"Saya dapat rasakan beliau gembira dengan suasana di sini (Kedah). Selain barisan kejurulatihan, rakan seperjuangan juga memberi sokongan dan galakan untuk meneruskan peningkatan yang beliau sasarkan.
"Saya berharap Asnan dapat terus mempertingkatkan tahap keupayaan yang diperlukan yang mana ini satu persaingan yang baik untuk pemain tengah selain Baddrol Bakhtiar, Anumanthan, Amirul Hisyam dan lain-lain," katanya.
Asnan yang dikenali sebagai 'playmaker' berusia 28 tahun ini memiliki pengalaman berharga sebagai kapten pasukan UKM FC pada musim lalu. Beliau memiliki ijazah sarjana dan pernah bergelar sebagai seorang guru.
HMetro |
|
|
|
|
|
|
|
ASNAN bersemangat untuk terus melakar kemenangan bersama KDA FC. FOTO Ikhsan KDA FC |
|
|
|
|
|
|
| |
|