CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 574|Reply: 0

[Sarawak] Sekolah memandu dibuka semula

[Copy link]
Post time 20-8-2021 04:34 PM | Show all posts |Read mode
MIRI: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (SDMC) bersetuju cadangan Kementerian Pengangkutan dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Sarawak membuka semula sekolah memandu di negeri ini.

Sebanyak 34 sekolah memandu di Sarawak bakal mendapatkan manfaat dengan kebenaran pembukaan semula sekolah memandu bawah Fasa 3 Rancangan Pemulihan Nasional (JPN).di Sarawak.

Sehubungan itu, sekolah memandu yang akan dibuka perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ketat yang dikeluarkan JPJ.

Bagaimanapun, pembukaan semula sekolah memandu di zon selatan iaitu di Kuching, Serian dan Samarahan ditangguhkan sehingga diberitahu kelak.

Menteri Pengangkutan Datuk Lee Kim Shin berkata, pematuhan yang ketat perlu dilakukan pihak pengurusan dan pengendali sekolah memandu, pekerja dan tenaga pengajar.

"Dengan penguatkuasaan SOP baru akan memastikan sekolah memandu dapat beroperasi di bawah Tahap 3 pemulihan sekali gus mengekang penularan Covid-19," katanya menerusi kenyataan.

Beliau menambah, semua pengendali premis, pekerja dan tenaga pengajar memandu mesti telah menyelesaikan dua dos vaksinasi Covid-19.

Katanya, semua pelajar mesti mempunyai sekurang-kurangnya satu dos vaksinasi Covid-19 sebelum mereka dapat diterima oleh sekolah memandu.

"Bagaimanapun, selepas 31 Ogos, wajib bagi semua pelajar melengkapkan dua dos vaksuin sebelum mereka dapat diterima oleh sekolah memandu.

"Pengendali dan pengendali premis, pekerja, tenaga pengajar dan tutor serta pelajar yang mempunyai lesen memandu mesti menunjukkan Sijil Digital Vaksinasi Covid-19 atau Kad Vaksinasi Covid-19 mereka," katanya.



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-5-2024 06:27 PM GMT+8 , Processed in 0.067822 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list