CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1576|Reply: 1

[Pahang] Lapan pusat pelancongan di Pahang tunggu ‘lampu hijau’ MKN

[Copy link]
Post time 19-8-2021 09:10 PM | Show all posts |Read mode

Gambar hiasan.

ROMPIN - Lapan pusat pelancongan di Pahang masih menunggu ‘lampu hijau’ daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi membolehkan aktiviti di lokasi berkenaan dibuka semula kepada pengunjung.

Pengurus Besar Tourism Pahang, Kamaruddin Ibrahim berkata, kesemua lokasi tersebut sudah mencapai imuniti kelompok lebih 80 peratus penduduk dewasa selesai menerima dua dos vaksin dan bersedia untuk menerima kehadiran pelancong tempatan.

“Bagi penginapan seperti hotel dan inap desa di lokasi berkenaan memang boleh terima pengunjung tetapi dari segi aktiviti air dan taman tema dan sebagainya masih belum dan kita sedang menanti keputusan daripada MKN.

“Pemain industri di kawasan berkenaan juga dikatakan sudah dihubungi oleh pelancong yang berminat namun mereka terpaksa membatalkan hasrat untuk berkunjung kerana aktiviti-aktiviti di lokasi berkenaan masih belum boleh dibuka,” katanya kepada pemberita di sini pada Khamis.

Beliau ditemui selepas menghadiri Program Bantuan Prihatin Pahang Covid-19 Tahun 2021 Fasa 2 Bagi Pemandu Bot dan Pemandu Pelancong yang disampaikan Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Belia, Sukan, Badan-Badan Bukan Kerajaan Pahang, Datuk Seri Mohd Johari Hussain.

Lapan pusat tumpuan pelancongan itu adalah Taman Negeri Rompin, Taman Negara, Genting Highlands, Cameron Highlands, Pulau Tioman, Bukit Fraser, Kuala Gandah dan Janda Baik.

Sementara itu, Mohd Johari yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tioman berkata, memandangkan musim tengkujuh hampir tiba, beliau berharap Pulau Tioman diberi kelulusan segera untuk menghidupkan semula aktiviti air yang sememangnya menjadi tumpuan pelancong ke lokasi tersebut.

“Mata pencarian penduduk di pulau itu boleh dikatakan 95 peratus daripada sektor pelancongan, jadi saya berharap sekurang-kurangnya mereka dapat beroperasi dalam tempoh sebulan sebelum tengkujuh bermula sekitar Oktober, kami mengharapkan ia dapat dibuka pada hujung Ogos,” katanya.

Beliau berkata, pemain industri di Pulau Tioman juga tidak mempunyai masalah dari segi pematuhan prosedur operasi standard (SOP) dan bersedia melakukan pemeriksaan ketat kepada pengunjung sejurus tiba di pintu masuk.

Mengenai program pada Khamis, Johari berkata, 107 pemandu bot dan pemandu pelancong sekitar Kuala Rompin di sini, menerima bantuan wang tunai secara pandu lalu yang diselaraskan oleh Tourism Pahang.

Penerima bantuan Sam Chan Pak Sing, 49, yang juga pemandu bot gembira dengan sumbangan wang tunai berkenaan memandangkan dia kini menggunakan simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk perbelanjaan harian.

“Kami bukan sahaja terima pengunjung tempatan malah luar negara antaranya Singapura, apabila berlaku sekatan perjalanan kami tidak dapat cari makan dan terpaksa gunakan wang simpanan yang ada, apa pun saya berterima kasih dengan bantuan ini,” kata bapa kepada lima anak itu. - Bernama

Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... ggu-lampu-hijau-MKN
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-8-2021 09:11 PM | Show all posts
bestnya makan angin
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dharma Harun Adik Manja tanggung 2 ekor biawak komodo
PrickfordDharma Harun Adik Manja tanggung 2 ekor
Views : 2562 Replies : 31
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 203821 Replies : 4860
Betul ke ni? Qawiy (Tebuk² Quran) Ada Salahlaku Seksual?
awex^returnsBetul ke ni? Qawiy (Tebuk² Quran) Ada S
Views : 50444 Replies : 325
Makan separuh kak
jueazMakan separuh kak
Views : 12271 Replies : 6
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 41532 Replies : 254
Guo Wengui Wolf son ambition exposed to open a farm wantonly amassing wealth
rangefinderforuGuo Wengui Wolf son ambition exposed to
Views : 606 Replies : 0
Kenapa Biri Biri Jalan Lambat?
XimKenapa Biri Biri Jalan Lambat?
Views : 21609 Replies : 63
yes that's right
Mrperfect2yes that's right
Views : 6080 Replies : 32
PENDARATAN UFO DI KAMPUNG BEMBAN HILIR
rizalra75PENDARATAN UFO DI KAMPUNG BEMBAN HILIR
Views : 6480 Replies : 9
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 74553 Replies : 2996

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-6-2024 12:30 PM GMT+8 , Processed in 1.223662 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list