CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 609|Reply: 0

[Sarawak] Sarawak tentukan sendiri tarif air untuk ringan beban rakyat

[Copy link]
Post time 18-8-2021 04:33 PM | Show all posts |Read mode
Sarawak tentukan sendiri tarif air untuk ringan beban rakyat


Abang Johari (lima kiri) dan Dr Rundi (empat kiri) menyaksikan simbolik penyerahan Kolam Takungan Bukit Selatan daripada Pengarah JBALB, Chang Kuet Shian (tiga kiri) kepada Ketua Pegawai Eksekutif LAKU, Daniel Punang.

MIRI: Kerajaan negeri akan menentukan sendiri tarif air di negeri ini agar ia tidak membebankan rakyat apabila Sarawak mulai membangunkan sistem grid airnya menjelang 2025 kelak.

Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata melalui sistem grid itu juga, Sarawak boleh menguruskan bekalan air dengan baik untuk rakyat negeri ini dan seterusnya menjadikan ia satu komoditi yang boleh dieksport ke negara jiran.

"Apabila kita sudah mempunyai Grid Air Sarawak, maka ia akan menjadi satu komiditi dan tarifnya akan ditentukan oleh pihak kerajaan dan kita tidak boleh membebankan rakyat," katanya.

"Kita juga boleh menguruskan air dengan baik. Kalau kita ada lebihan bekalan air, kita boleh bekalkan (eksport) ke kawasan negeri atau negara jiran kita, sama seperti bekalan elektrik.

Ketika ini, Sarawak katanya mulai membekalkan (mengeksport) elektrik ke Kalimantan Barat dan dua minggu lalu Sabah turut menyuarakan hasratnya untuk mendapatkan bekalan tenaga itu.

Di bawah Kementerian Utiliti kelak, ketiga-tiga entiti bekalan air iaitu Lembaga Air Kuching (bagi wilayah selatan), Lembaga Air Sibu (wilayah tengah) dan dan LAKU Management Sdn Bhd (LAKU) bagi wilayah utara akan berada di bawah satu unit dan pengurusan dengan semua data berkaitan dengan pembekalan air termasuk lokasi paip, bayaran, kerosakan dan sebagainya akan dikumpulkan di bawah data pusat.

Abang Johari memberitahu demikian semasa berucap merasmikan majlis pecah tanah ibu pejabat LAKU dan penyerahan Kolam Takungan Bukit Selatan, daripada Jabatan Bekalan Air Luar Bandar Sarawak (JBALB) kepada LAKU, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut beliau berkata, Sarawak komited untuk melabur dalam bekalan air dan elektrik bagi mencapai sasarannya menjadi negeri maju dengan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak RM280 bilion menjelang 2030.

"Sasaran kita pada 2030, ialah KDNK Sarawak akan mampu mencapai RM280 bilion dan Sarawak akan menjadi sebuah negeri maju," katanya sambil menambah untuk membolehkan negeri ini mencapai pertumbuhan ekonomi yang besar, ia harus mempelbagaikan kegiatan ekonominya.

"Salah satunya adalah kuasa (bekalan elektrik), kedua adalah air. Tanpa air, tanpa kuasa, kita tidak dapat maju ke hadapan. Ini semua cara baharu dan syukur kepada Tuhan, kita mempunyai mekanisma untuk mengubah (ekonomi kita), dan kita memiliki orang-orang yang memiliki bakat (untuk melakukannya)," tambah beliau.

Majlis tersebut turut dihadiri oleh Menteri Utiliti, Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom; Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Lee Kim Shin, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Amar Jaul Samion serta Pengerusi LAKU, Datuk Nelson Balang Rining.

Sementara itu, Kolam Takung Bukit Selatan di sini yang mempunyai kapasiti takungan 27 juta liter dibangunkan dengan kos RM24 juta, diamanahkan kepada JBALB melalui tender terbuka pada Julai 2018 dan siap pada Julai 2021.

Ia merupakan takungan jenis RC yang berukuran 120m x 48m dan berketinggian 6.2m dengan kapasiti penyimpnanan sebanyak 27 juta liter air. Projek ini juga melibatkan pmbinaan saluran paip sepanjang 6,170m bersaiz 660mm hingga 914mm termasuk kerja-kerja infra seperti jalan raya, pagar dan tempat letak kereta.

Pembinaan Kolam Takungan Bukit Selatan ini bakal memberi impak positif dengan meningkatkan simpanan sedia ada iaitu 42 juta liter kepada 69 juta liter dengan kadar permintaan 155 juta liter sehari, sekali gus memberikan bekalan yang mencukupi untuk penduduk bandar raya ini terutama pada waktu puncak.

Projek ini akan diserahkan di bawah pengurusan dan pengawasan pihak LAKU bagi memenuhi peningkatan perminataan bekalan air bersih dan selamat di Miri.



utusanborneo.com.my/2021/08/18




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-5-2024 04:44 PM GMT+8 , Processed in 0.054542 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list