CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 704|Reply: 0

[Sarawak] PPVIN minyak dan gas di Miri berjaya

[Copy link]
Post time 18-8-2021 02:10 PM | Show all posts |Read mode
PPVIN minyak dan gas di Miri berjaya



MIRI: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian (JPBB) Miri memandang serius kepentingan sektor minyak dan gas di Sarawak.
Menteri Bertanggungjawab JPBB Miri Datuk Lee Kim Shi. Berkata, untuk itu keperluan segera penubuhan Pusat Pemberian Vaksin Industri (PPVIN) Minyak dan Gas bagi memastikan sektor ini berjalan lancar.

“Saya menzahirkan rasa gembira kerana telah dapat merealisasikan PPVIN Minyak dan Gas di Miri sekaligus menjayakan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) di Bahagian Miri.

“Industri minyak dan gas amat penting kepada negara kita.

“Sekirannya sektor ini terkesan dengan jangkitan COVID-19 sudah pasti akan menjejaskan juga sektor ekonomi berkaitan minyak dan gas di Malaysia,” katanya.
Beliau berkata demikian semasa berucap dalam Sesi Lawatan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak Datuk Ik Pahon Joyik ke PPVIN Minyak dan Gas Lutong, Miri pada Selasa.

Terdahulu, Mesyuarat PPVIN Industri Minyak dan Gas Bahagian Miri yang disertai PETRONAS Carigali Sdn Bhd, Pasukan Petugas Imunisasi COVID-19 (CITF) Bahagian dan JPBB Miri optimis dalam memastikan kesemua pemain industri minyak dan gas di Bahagian Miri mendapat suntikan dua dos lengkap dalam tempoh terdekat menjelang 31 Ogos ini.

Hadir sama wakil Petronas Sarawak Zulaihi Mohd Mantali.


sarawakvoice.com/2021/08/18

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-12-2024 05:48 PM GMT+8 , Processed in 1.614265 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list