View: 1009|Reply: 1
|
Dibuang padang tumbuk rakan sepasukan
[Copy link]
|
|
Giresun, Turki: Bintang kelab Galatasaray, Marcao dibuang padang selepas menghantuk kepala dan menumbuk rakan sepasukan Kerem Akturkoglu ketika perlawanan pertama musim baharu, awal pagi tadi.
Marcao tampak kurang senang dengan reaksi Akturkoglu selepas Galatasaray meledak gol kedua ketika menentang Girensunspor dalam saingan Liga Turki.
Dia kemudiannya meluru lalu menghantuk kepalanya ke kepala Akturkoglu dan melepaskan beberapa tumbukan sebelum pergaduhan itu dileraikan rakan sepasukan.
Akturkoglu tidak bertindak balas dengan agresif ke atas Marcao sekali gus menyebabkan hanya pertahanan tengah dari Brazil itu dibuang padang selepas pengadil merujuk insiden kepada pegawai VAR.
Marcao pemain berprofil tinggil dalam skuad Galatasaray dan dianggap salah seorang nadi pasukan tetapi masa depannya di Turki terjejas susulan insiden pergaduhan itu.
Bagaimanapun, aksi tegang kedua-dua rakan sepasukan itu tidak menjejaskan momentum Galatasaray yang menang 2-0 hasil jaringan Mbaye Diagne dan Alexandru Cicaldau.
Ramai penyokong memuatnaik insiden itu di media sosial dan mereka mengimbau insiden sama membabitkan pergaduhan dua pemain Newcastle, Lee Bowyer dan Kieron Dyer pada 2005.
HMetro
|
|
|
|
|
|
|
|
AKSI Marcao (kanan) bergaduh dengan Akturkoglu. FOTO Agensi |
|
|
|
|
|
|
| |
|