CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 965|Reply: 1

[Sarawak] Ke tali gantung, dua tokan besar dadah ditangkap

[Copy link]
Post time 17-8-2021 04:51 PM | Show all posts |Read mode
KUCHING: Dua lelaki tempatan yang disyaki tokan besar dadah diberkas polis hasil susulan daripada beberapa serbuan dijalankan di sekitar Kuching dan Padawan bermula 13 Ogos hingga 15 Ogos lepas.

Ketua Polis Daerah Kuching ACP Ahsmon Bajah berkata, dua suspek yang berusia 22 dan 24 tahun itu ditangkap di lokasi berasingan iaitu di sebuah kondominium di Jalan Lapangan Terbang dan di sebuah rumah penginapan sementara (homestay) di tepi jalan berdekatan Imperial Hotel Kuching.

Katanya, polis turut merampas 17,838 biji pil Ectacy dengan berat 7563 gram, 299 gram dadah jenis Methamphetamine, 6 kotak dadah Methamphetamine dengan berat 6372 gram, wang tunai berjumlah RM 3,535.00, sebuah kereta Mitsubishi Triton dan sebuah kereta Perodua Axia, dengan jumlah keseluruhan bernilai RM 1,045,250 juta.

Ahsmon menambah, kedua-dua suspek akan direman selama 7 hari dan kes disiasat dibawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Bercakap semasa Sidang Media di IPD Kuching hari ini, Ahsmon memberitahu modus operandi sendiket terbabit yang telah dijalankan sejak tahun 2013 adalah dengan menggunakan perkhidmatan kurier dimana barangan terlarang ini diperoleh dari luar Sarawak dan kemudian dikirim ke alamat palsu untuk mengelak daripada dikesan pihak berkuasa.

Mengulas lanjut, beliau berkata kedua-dua suspek juga mempunyai jenayah lampau berkaitan dadah dan bakal dikenakan hukuman gantung sampai mati.

Beliau turut meminta orang awam  agar terus menyalurkan maklumat berkaitan jenayah dan dadah di kawasan masing-masing kepada pihak polis.






BBCATs


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-8-2021 04:58 PM | Show all posts
Terbaik PDRM

tapi rasa nya tu ikan sungai ja ... ikan jaws nya masih bebas



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-5-2024 11:34 AM GMT+8 , Processed in 0.163983 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list