View: 953|Reply: 5
|
[Sarawak]
JPBN Sarawak wajibkan pekerja lengkap dua dos kepada semua pekerja hujung Ogos
[Copy link]
|
|
KUCHING: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) memutuskan untuk mewajibkan pengambilan dua dos lengkap vaksinasi COVID-19 kepada para pekerja sebelum perniagaan dibenarkan beroperasi khususnya premis yang tertutup.
Jawatankuasa itu dalam satu kenyataan menjelaskan keputusan tersebut dibuat ekoran peningkatan kes positif COVID-19 varian Delta dan penambahan Kluster Tempat Kerja yang ketara di negeri itu.
Bagaimanapun, buat masa sekarang, keputusan tersebut hanya akan berkuat kuasa sepenuhnya selepas penghujung Ogos ini.
“JPBN Sarawak mengambil maklum masih ada golongan yang belum lengkap dua dos vaksinasi pada masa ini dan bersetuju agar kelonggaran diberikan kepada perniagaan di Sarawak sepanjang bulan Ogos ini.
"Namun dalam tempoh ini, golongan yang bekerja dan layak masih perlu menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksinasi COVID-19,” katanya dalam kenyataan laporan harian COVID-19 pada Isnin.
Sementara itu bagi golongan yang tidak layak menerima suntikan vaksin COVID-19 atas sebab kesihatan mereka boleh menunjukkan rekod kesihatan yang diperolehi daripada pegawai kesihatan yang sah.
Untuk rekod, setakat 16 Ogos 2021 seramai 1,653,259 juta atau 80.9 peratus rakyat di Sarawak telah menerima vaksinasi lengkap manakala 166,415 masih menunggu dos kedua sepanjang bulan Ogos ini.
Secara keseluruhan, 1,819,674 juta golongan dewasa yang layak dijangka akan menerima dos lengkap menjelang akhir bulan Ogos.
Hari ini Sarawak mencatatkan kes harian positif COVID-19 tertinggi dengan 1,566 kes menjadikan angka kumulatif kes di negeri ini kepada 88,572 kes.
Melalui kategori klinikal, 83.90 peratus kes adalah kategori 1, kemudian 15.96 peratus kategori 2, dan 0.13 peratus adalah kategori 5 yang memerlukan bantuan alat pernafasan.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
bagus gak camni...kat 'Malaya'....tak nampak kjaan bagi arahan wajib kat majikan buat camni....yg wajib..pelanggan kena lengkap 2 dos kalo nk msk premis mereka. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
huhu sini punya la terlampau tegas ... kes tetap naik juak
kat tempat FC ni ... memang dah d wajib kan pekerja dah vaksin walaupun blom ada arahan mesti sebab ada dengar pekerja kena warning akan d buang kerja jika tak ambik dos kedua ...
sini rata2 dah ada 1st dos vaksin
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
FanTasyCreaTioN replied at 17-8-2021 04:43 PM
huhu sini punya la terlampau tegas ... kes tetap naik juak
kat tempat FC ni ... memang dah d ...
adakah mereka yg lengkap 2 dos tu..termasuk dlm 'kes tetap naik juak' ni???....Harap kkm perati dan amik data mengenai perkara ini. |
Rate
-
2
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
kalo ikut pecahan ...
tinggi kat Kuching ... Kuching masih ramai yang blom 2nd dos ...
sini ... tempat FC sekarang sangat cepat sebab ada PPV Bergerak yang akan datang masuk kampung ke kampung
tertarik juga nak tau kan ...
betul ke 2 dos dapat menurunkan kes atau DELTA lebih kuat ...?
kes arini
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Setakat ini, 1,653,259 (80.9%) telah menerima vaksinasi lengkap manakala 166,415 masih menunggu dos kedua sepanjang bulan Ogos ini. Secara keseluruhan, 1,819,674 golongan dewasa yang layak dijangka akan menerima dos lengkap menjelang akhir bulan Ogos.
Sumber: Kenyataan Media JPBN Bil 228/2021
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|