CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1186|Reply: 3

[Sarawak] ‘Dr Shah’ diarah jalani khidmat masyarakat

[Copy link]
Post time 17-8-2021 02:05 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 17-8-2021 06:07 AM

‘Dr Shah’ diarah jalani khidmat masyarakat

KUCHING: Seorang pemuda berusia 20 tahun diarahkan menjalani perintah khidmat masyarakat selama 120 jam atas kesalahan menyamar sebagai doktor di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Stadium Perpaduan Petra Jaya, di sini.

Majistret Zubaidah Sharkawi menjatuhkan hukuman itu terhadap Shah Hairil Izman Dave dari Bandar Baru Semariang, setelah meneliti laporan sosial dikemukakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat hari ini.

Pada 6 Julai, tertuduh mengaku salah atas tuduhan mengikut Seksyen 170 Kanun Keseksaan, memperuntukkan hukuman penjara dua tahun atau denda atau kedua-dua jika sabit kesalahan.

Justeru, mahkamah menetapkan hari ini untuk mendengar laporan sosial dan seterusnya jatuh hukum.

Mahkamah kemudiannya menetapkan tertuduh dijatuhi hukuman Perintah Khidmat Masyarakat dengan jumlah jam sebanyak 120 jam agregat dalam tempoh satu tahun mengikut Seksyen 293(1)(e) Kanun Tatacara Jenayah.

Tertuduh didakwa menyamar sebagai pegawai perubatan (doktor) pada 16 Jun sehingga 1 Julai 2021 di PPV Stadium Perpaduan Petra Jaya, di sini.
Siasatan polis juga mendapati tertuduh memiliki pas kakitangan palsu Hospital Umum Sarawak (HUS).

Difahamkan, tertuduh pernah pergi ke HUS sebanyak lebih kurang 32 kali untuk menyamar sebagai doktor di sana.

Dia juga dikatakan telah membeli peralatan seperti baju scrub berwarna merah dan biru, stetoskop, oksimeter nadi dan menempah cap atas nama Dr. Shah Hairil Izwan.
Tertuduh bagaimanapun ditahan polis di PPV Stadium Perpaduan sekitar jam 3 petang 1 Julai 2021.

Ia susulan seorang doktor lelaki berusia 25 tahun (pengadu) mendapati tertuduh mempamerkan perbuatan mencurigakan di PPV tersebut.

Setelah pemeriksaan lanjut dibuat kepada ketua jabatan, pengadu mengesahkan tertuduh menyamar sebagai penjawat awam (doktor).

Pengadu kemudiannya membuat laporan polis untuk tindakan lanjut.

Pendakwaan dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa Inspektor Nur Syafiqa Nyaie Ilin manakala tertuduh tidak diwakili peguam.



utusanborneo.com.my/2021/08/17

news sebelum ni
https://www.astroawani.com/berit ... oktor-di-ppv-307125
https://www.sinarharian.com.my/a ... lakukan-pemvaksinan
https://www.hmetro.com.my/utama/ ... at-menyamar-rupanya

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-8-2021 02:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Muda lg.. kalau betul2 nak jadi doktor pun x terlambat mana lg..
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2021 02:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Jadi ahli politik pun ok.senang nak bawa watak berbeza2, ikut suasana
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2021 04:08 PM | Show all posts
ok lah hukuman tu ...


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-12-2024 05:22 PM GMT+8 , Processed in 0.103293 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list