CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 853|Reply: 1

[Sarawak] Vaksinasi gelandangan yang mencabar

[Copy link]
Post time 17-8-2021 01:59 PM | Show all posts |Read mode
Vaksinasi gelandangan yang mencabar


Pihak polis cuba memujuk seorang gelandangan di sekitar Jalan Channel supaya menerima vaksin sebelum mula bertindak agresif dengan cuba menggigit salah seorang anggota polis berkenaan.

SIBU: Dicaci serta hampir digigit adalah antara risiko yang terpaksa dihadapi oleh pasukan vaksinasi yang menyertai operasi bersepadu Program Vaksinasi Komuniti Gelandangan di sini, malam Isnin.

Operasi yang bermula jam 8.00 malam dan berakhir sekitar 12.00 tengah malam itu berjaya memvaksinasi kira-kira enam orang gelandangan di sekitar pusat bandar Sibu.
Utusan Borneo yang turut serta dalam operasi terbabit melihat tingkah laku agresif daripada segelintir gelandangan dalam usaha untuk memvaksinasikan mereka dengan suntikan dos pertama vaksin COVID-19.

Bagi memastikan keselamatan petugas kesihatan, empat orang anggota polis terpaksa digunakan untuk menenangkan seorang gelandangan yang bertindak agresif bagi memudahkan proses vaksinasi.

Pasukan vaksinasi turut memberikan sumbangan berupa kit kesihatan seperti pelitup muka, cecair sanitasi tangan, baju serta sedikit makanan kering kepada gelandangan yang telah disuntik vaksin.

Sepuluh orang gelandangan divaksinasi menerusi program yang sama pada malam 15 Ogos.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian (JPBB) Sibu Wong Hie Sieng yang mengetuai operasi tersebut berkata, kira-kira 40 petugas yang terdiri daripada pelbagai agensi terlibat dalam program dua hari tersebut.

Beliau berkata, gelandangan yang divaksin adalah mereka yang telah berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat Sibu.

"Gelandangan adalah kumpulan berisiko tinggi dijangkiti kerana mereka sering mendekati orang ramai yang berkeliaran di sekitar Sibu dan antara golongan yang dikatakan dilupakan untuk divaksin.

"Sebab semua tahu program vaksinasi sangat penting untuk semua orang kerana kita mahu memastikan semua lapisan masyarakat yang layak untuk divaksin harus divaksinasi tanpa mengira mereka gelandangan atau orang biasa.

"Kementerian Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak bersama-agensi-agensi terlibat mengambil inisiatif ini agar golongan ini tidak dipinggirkan," katanya ketika ditemui pemberita pada penutupan Program Vaksinasi Komuniti Gelandangan Bahagian Sibu di ruang legar Kompleks Islam Sarawak Sibu, malam tadi.


Gelandangan yang lebih dikenali sebagai 'Princes' oleh penduduk Sibu adalah salah seorang gelandangan yang menerima suntikan vaksin COVID-19 menerusi operasi bersepadu Program Vaksinasi Komuniti Gelandangan di Bahagian Sibu.

Pada majlis tersebut, seramai tiga orang gelandangan menerima suntikan vaksin COVID-19 mereka dan turut mendapat khidmat gunting rambut percuma.
Antara jabatan dan agensi kerajaan yang terlibat ialah Pejabat Residen Bahagian Sibu, Pejabat Daerah Sibu, Jabatan Kebajikan Masyarakat Bahagian Sibu, Jabatan Kesihatan Bahagian Sibu, Hospital Sibu dan Polis DiRaja Malaysia (PDRM).

Ditanya mengenai proses vaksinasi dos kedua, Wong yang juga Residen Bahagian Sibu berkata bahawa pihaknya sudah mempunyai rekod gelandangan yang telah menerima dos pertama.

"Setelah disuntik vaksin, kita mengambil gambar wajah gelandangan ini dan merekodkan lokasi yang sering dikunjungi oleh mereka.

"Dengan cara ini, mudah untuk kita mengenal pasti mereka untuk proses suntikan dos kedua pada masa akan datang," katanya.

Beliau juga berkata, gelandangan yang tidak mempunyai dokumen pengenalan diri juga akan divaksinasi dan kad pengesahan lengkap dos vaksin juga disediakan.
Dalam pada itu, Wong turut menggesa masyarakat Sibu yang layak namun masih belum divaksinasi supaya tampil ke PPV berdekatan untuk mendapatkan suntikan vaksin COVID-19 mereka secara percuma.

"Hanya dengan vaksinasi kita mempu melindungi diri, ahli keluarga dan masyarakt kita," ujarnya.

Hadir sama Ketua Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Daerah Sibu DSP Ariffin Bahar.



utusanborneo.com.my/2021/08/17






Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-8-2021 04:10 PM | Show all posts
Utusan Borneo yang turut serta dalam operasi terbabit melihat tingkah laku agresif daripada segelintir gelandangan dalam usaha untuk memvaksinasikan mereka dengan suntikan dos pertama vaksin COVID-19.

Bagi memastikan keselamatan petugas kesihatan, empat orang anggota polis terpaksa digunakan untuk menenangkan seorang gelandangan yang bertindak agresif bagi memudahkan proses vaksinasi.



orang2 camni la payah tol...



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-5-2024 05:56 PM GMT+8 , Processed in 1.048110 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list