Edited by Vellfire at 17-8-2021 01:30 AM
Penerima lengkap vaksin sahaja boleh bekerja di Sarawak
INDIVIDU yang sudah menerima dua dos lengkap vaksin Covid-19 sahaja dibenarkan bekerja khususnya di premis tertutup di Sarawak. Kuching: Hanya individu yang sudah menerima dua dos lengkap vaksin Covid-19 sahaja dibenarkan bekerja khususnya di premis tertutup di Sarawak.
Keputusan itu dibuat selepas Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak menerima saranan Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak (JKNS), berikutan peningkatan kes Covid-19 yang disebabkan oleh Varian Delta serta penambahan kluster tempat kerja.
Jurucakap Sekretariat JPBN Sarawak berkata, sehingga kini seramai 1,653,259 atau 80.9 peratus rakyat Sarawak menerima vaksinasi lengkap, manakala 166,415 masih menunggu dos kedua sepanjang Ogos ini.
"Secara keseluruhannya, sejumlah 1,819,674 golongan dewasa yang layak dijangka akan menerima dos lengkap menjelang akhir bulan Ogos," katanya hari ini.
Menurutnya lagi, berdasarkan data yang diperoleh, hanya golongan yang sudah mendapat dua dos lengkap terbukti dilindungi daripada jangkitan Covid-19.
"Justeru, golongan yang belum menerima dua dos lengkap disarankan agar tidak mendedahkan diri di tempat yang berisiko tinggi, contohnya tempat yang sesak dan kurang ventilasi, terutamanya apabila transmisi jangkitan masih tinggi di dalam komuniti ketika ini," katanya.
Sementara itu, Sarawak mencatat angka tertinggi jangkitan Covid-19 harian dengan sebanyak 1,566 kes dilaporkan, hari ini dengan paling tinggi membabitkan Kuching, Bau dan Lundu iaitu 1,144 kes.
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2021/08/743246/penerima-lengkap-vaksin-sahaja-boleh-bekerja-di-sarawak
|