Penjawat awam perlu berkecuali, tidak berpolitik
Pengerusi Cuepacs Sarawak, Omar Bahrein Unin
KUCHING: Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Negeri Sarawak mengingatkan semua penjawat awam khususnya di Sarawak supaya tidak terlibat dengan polemik politik semasa.
Pengerusinya Omar Bahrein Unin berkata, penjawat awam perlu sentiasa berpegang kepada prinsip neutral dan tidak berpolitik.
“Kesetiaan penjawat awam adalah kepada raja, negara dan kerajaan.
“Tidak kira apa juga pangkat atau kedudukan, seorang penjawat awam mesti memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat dan negara,” katanya menerusi kenyataan, hari ini. Tegasnya, perubahan landskap politik semasa tidak sewajarnya mempengaruhi perjalanan penyampaian sistem perkhidmatan awam.
Menjelas mengenai lantikan Perdana Menteri baharu Omar berkata, Cuepacs Negeri Sarawak yakin dengan kebijaksanaan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan pihak Istana Negara.
“Kami (Cuepacs) akan terus menyokong pimpinan yang dipilih dalam melaksanakan penyampaian perkhidmatan kerana penjawat awam sentiasa akan berkhidmat kepada ‘government of the day’ (kerajaan semasa),” ujarnya.
Sarawakvoice/2021/08/16
|