CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1473|Reply: 4

[Sarawak] Covid-19 16/08/16: Sarawak catat kes harian tertinggi dengan 1,566 kes

[Copy link]
Post time 16-8-2021 05:59 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 16-8-2021 10:05 AM

COVID-19: Sarawak catat kes harian tertinggi dengan 1,566 kes


KUCHING: Sarawak merekodkan 1,566 kes baharu COVID-19 hari ini, iaitu angka harian tertinggi sejak pandemik itu melanda negeri ini Mac tahun lalu.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS), Kuching kekal merekodkan kes harian tertinggi dengan 731 diikuti Bau (238), Lundu (175), Serian (84), Samarahan (44), Betong (40), Sibu (37) dan Miri (34).

Lain-lain kes turut dikesan di Bintulu (29), Subis (29), Song (27), Mukah (19), Sri Aman (17), Asajaya (12), Selangau (9), Tebedu (8), Pusa (7), Lubok Antu (6), Dalat (6), Tatau (6), Saratok (5), Beluru (2) dan Lawas (1).

Dengan pertambahan kes itu, ia sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan kes positif di Sarawak kini 88,572.

“Daripada kes baharu yang dilaporkan hari ini, 1,314 merupakan kes kategori 1 iaitu tiada gejala dan 250 kes kategori 2 (gejala ringan).

“Manakala dua kes merupakan kategori 5 (jangkitan paru-paru dan memerlukan ventilator),” katanya dalam kenyataan hari ini

JPBNS turut memaklumkan satu lagi kematian akibat COVID-19 dilaporkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian kini seramai 487 orang.

Kematian itu katanya, melibatkan lelaki berumur 73 tahun yang dilaporkan meninggal di Hospital Umum Sarawak.

“Hari ini juga terdapat 513 kes pulih dan dibenar discaj manakala jumlah kes masih aktif dan mendapat rawatan serta diasingkan di wad hospital dan pusat kuarantin dan rawatan berisiko rendah sebanyak 9,345 kes,” katanya.

Sementara itu, daerah Song dan Pusa telah bertukar ke status jingga daripada kuning setelah masing-masing merekodkan 32 dan 22 kes jangkitan tempatan dalam tempoh 14 hari lalu.

“Ini menjadikan bilangan daerah berstatus jingga di Sarawak sebanyak enam dan sembilan daerah kuning.

“Manakala daerah berstatus merah sebanyak 20 dan lima daerah berstatus hijau,” katanya.



Utusanborneo/2021/08/16



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-8-2021 06:03 PM From the mobile phone | Show all posts
banyak...dh msk fasa 3...pon...nak bersaing balik ngn Sgor ke????

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-8-2021 07:07 PM | Show all posts
Edited by Vellfire at 16-8-2021 11:10 AM

14 lokaliti di Sarawak dikenakan PKPD


KUCHING: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di 14 lokaliti di negeri ini berkuat kuasa antara 12 hingga 31 Ogos ini.

JPBNS dalam kenyataan berkata, PKPD ini melibatkan Rh. Robert, Ng. Sebatu, Btg. Rajang di Kapit dan Sekolah Kebangsaan (SK) Ng. Entuloh di Bukit Mabong dari 12 hingga 25 Ogos 2021.

“Turut dikenakan PKPD ialah Rh. Sudin, Ng. Sipan dan Rh. Bana. Ng. Kebiaw di Song; Uma Bawang, Sg. Asap, Belaga serta Rumah Sewa, Datang Jaya Enterprise, Bintulu dari 15 hingga 28 Ogos 2021.

“Manakala SK Long Urun, Belaga dikenakan PKPD dari 16 hingga 29 Ogos 2021. Sementara PKPD di Rh. Usai, Lengain, Sebetan, Saratok; Rh. Jawa, Suri Lalang, Debak, Betong; Kampung Gayau Padok, Simunjan dan Lorong 1 - 27, Taman Samarindah, Samarahan bermula dari 17 hingga 30 Ogos 2021,” katanya hari ini.

Manakala Kampung Kakeng, Kampung Bunga, Kampung Krangan Jaya dan Kampung Krangan Engkatak di Serian katanya, juga dikenakan PKPD dari 18 hingga 31 Ogos 2021.

Jawatankuasa turut memaklumkan tempoh PKPD di Kampung Punau, Padawan dan Kampung Bunuk, Padawan di Kuching dilanjutkan dari 17 hingga 30 Ogos 2021.

“Turut dikenakan lanjutan PKPD ialah Kuarters Pekerja  Ladang Palmlyn Sdn Bhd di Mukah dari 18 hingga 31 Ogos 2021”, katanya.

Sementara itu, JPBNS berkata, empat lokaliti yang dikenakan PKPD sebelum ini ditamatkan.

Antaranya Rh. Peter, Kampung Rapak Penyau, Pantu di Sri Aman ditamatkan semalam manakala Rh. Lihal Gemong, Kampung Jaong, Pantu, Sri Aman; Kampung Git, Padawan, Kuching dan Rh. Pitre Ambit Tinting Mawang, Jalan Petai, Sarikei ditamatkan hari ini.

Dalam pada itu, Kementerian Kesihatan Malaysia mengeluarkan sembilan kompaun di Bintulu (5), Kuching (2) dan Saratok (2) atas kesalahan melanggar garis panduan (SOP) menjadikan jumlah keseluruhan kompaun dikenakan setakat ini 458.

Manakala polis Sarawak mengeluarkan 77 kompaun di Bintulu (63) dan Kuching (14) kerana ingkar SOP menjadikan jumlah keseluruhan kompaun dikenakan setakat ini 9,995.

“Seorang lelaki tempatan iaitu pemilik premis sebuah pusat hiburan-Bintulu ditahan kerana membuka premis di bawah “negative list” (pusat hiburan),” katanya.

Bagi Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan pula mengeluarkan sebanyak 14 kompaun di bawah seliaan pelbagai pihak berkuasa tempatan atas kesalahan melanggar SOP.

“Ini menjadikan jumlah kompaun dikeluarkan oleh Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan setakat ini 1,426,” katanya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-8-2021 07:15 PM | Show all posts
Lima lagi kluster dikesan di Sarawak




KUCHING: Lima lagi kluster jangkitan COVID-19 diisytiharkan di Sarawak hari ini dengan empat melibatkan kluster komuniti dan satu kluster tempat kerja.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) berkata, kluster komuniti itu ialah Kluster Kampung Geobilt, Kuching; Kluster Lorong Temenggung Haji Gobil, Kuching; Kluster Kampung Kakeng, Serian dan Kluster Kampung Bunga, Serian.

Manakala kluster tempat kerja katanya, adalah Kluster Jalan Airport Lama, Bintulu.

“Kluster Kampung Geobilt dikesan melibatkan beberapa buah keluarga yang tinggal di Kampung Goebilt, Jalan Bako, Petra Jaya, di sini.

“Seramai 151 orang disaring dengan 54 orang didapati positif termasuk kes indeks dan 97 individu didapati negatif,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kluster Lorong Temenggung Haji Gobil pula, katanya dikesan melibatkan beberapa buah keluarga yang tinggal di Lorong Temenggung Haji Gobil, Jalan Sultan Tengah, Petra Jaya di sini.

“Seramai 60 orang disaring dengan 29 orang didapati positif termasuk kes indeks dan 31 individu telah didapati negatif.

“Kesemua mereka yang terlibat dalam kedua-dua kluster ini ditempatkan di Hospital Umum Sarawak dan Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) di daerah ini,” katanya.

Manakala Kluster Kampung Kakeng, Jawatankuasa berkata, dikesan melibatkan beberapa buah keluarga yang tinggal di Kampung Kakeng, Jalan Serian Tebedu, Serian.

Menurutnya, seramai 94 orang disaring dengan 61 orang didapati positif termasuk kes indeks, 32 orang didapati negatif dan seorang individu masih menunggu keputusan.

“Bagi Kluster Kampung Bunga dikesan melibatkan beberapa buah keluarga yang tinggal di Kampung Bunga, Jalan Baki, Serian.

“Seramai 58 orang disaring dengan 26 orang didapati positif termasuk kes indeks dan 32 individu telah didapati negatif. Kesemua mereka yang terlibat dalam kedua-dua kluster ini ditempatkan di Pusat Penilaian Covid-19 (CAC) Serian dan PKRC di daerah Serian dan Samarahan,” jelasnya.

Satu lagi kluster iaitu Kluster Jalan Airport Lama, Bintulu katanya dikesan melibatkan pekerja sebuah pusat kewangan yang terletak di Jalan Airport Lama, Paragon Bintulu, Bintulu.

“Seramai 31 orang disaring dengan 12 orang didapati positif termasuk kes indeks, 19 individu masih menunggu keputusan dan 10 kes baharu dilaporkan hari ini. Kesemua mereka yang terlibat dalam kluster ini ditempatkan di Hospital Bintulu dan PKRC di daerah Bintulu,” katanya.

Sementara itu, JPBNS turut memaklumkan satu kluster iaitu Kluster Jalan Jambusan 2, Bau ditamatkan selepas tiada kes baharu dikesan dalam tempoh 28 hari lepas.

“Susulan itu, sebanyak 107 kluster masih aktif di Sarawak dengan 19 daripadanya merekodkan penambahan 312 kes baharu hari ini,” ujarnya.

Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2021 12:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Bahaya kuching kinek. Hopefully semuanya okay2 jak

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-5-2024 05:22 PM GMT+8 , Processed in 2.182478 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list