CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 759|Reply: 0

[Sarawak] Segera dapatkan suntikan vaksin COVID-19 jika belum

[Copy link]
Post time 15-8-2021 09:04 PM | Show all posts |Read mode
Segera dapatkan suntikan vaksin COVID-19 jika belum - Dr Sim

KUCHING: Individu dewasa yang layak namun belum divaksin digesa untuk segera mendapatkan suntikan vaksin COVID-19 di pusat pemberian vaksin (PPV) awam berdekatan.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak Dato Sri Dr Sim Kui Hian (gambar) berkata garis panduan (SOP) baharu memerlukan kebanyakan aktiviti hanya dibenarkan jika telah lengkap dua dos vaksin.

“Di Sarawak, kita telah meminta mereka yang layak namun belum divaksin untuk pergi ke mana-mana PPV awam terdekat sejak beberapa minggu lepas.

“Justeru diharap baki 5 hingga 10 peratus individu dewasa yang layak namun belum divaksin di negeri ini tampil untuk divaksin,” katanya dalam catatan Facebook beliau.
Tambah Dr Sim, semua PPV awam yang dibuka di negeri ini akan terus menerima vaksinasi secara jumpa terus tanpa janji temu atau ‘walk in’.

Bagi PPV Stadium Perpaduan di sini pula katanya, ia hanya menerima individu bagi suntikan dos kedua memandangkan ia kini dalam proses untuk ditutup dan dijadikan sebagai Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah COVID-19 (PKRC) yang baharu.

Justeru katanya mereka dari sekitar kawasan ini yang memerlukan dos pertama boleh ‘walk in’ ke Klinik Kesihatan (KK) Petra Jaya.

Dalam pada itu, PPV KK Jalan Masjid (Dewan Majma) membuka vaksinasi secara ‘walk in’ bagi dos pertama vaksin jenis Pfizer-BioNTech untuk individu 18 tahun ke atas pada Isnin dan Selasa ini bermula jam 8 pagi hingga 4 petang.

Manakala bagi sesiapa yang terlepas pengambilan vaksin dos kedua boleh hadir ke PPV Stadium Perpaduan pada 17 hingga 26 Ogos bermula jam 8 pagi hingga 5 petang untuk vaksin jenis Pfizer dan pada 16 Ogos untuk vaksin jenis Sinovac waktu yang sama.

Vaksinasi secara ‘walk in’ juga dibuka di PPV Hospital Umum Sarawak untuk mereka yang masih belum mendapatkan vaksin terutama bekas pesakit COVID-19, ibu mengandung antara 14 hingga 33 minggu dan ibu yang baharu melahirkan anak.

Proses vaksinasi akan diadakan di lobi B Hospital Umum Sarawak pada 20 Ogos ini bermula jam 8 pagi hingga 2 petang untuk vaksin jenis Pfizer dan pada 16 hingga 19 Ogos bermula jam 8 pagi hingga 2 petang untuk vaksin jenis Sinovac.


Utusanborneo/2021/08/15





Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-12-2024 06:06 PM GMT+8 , Processed in 0.042829 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list