|
963 kes positif di S'wak
KUCHING: Sarawak mencatatkan 963 kes positif dan 510 iaitu 53 peratus dilaporkan di Daerah Kuching hari ini.
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri dalam kenyataan berkata, ini merupakan
hasil pengesanan aktif yang giat dijalankan oleh Pejabat Kesihatan Bahagian Kuching di kalangan
kontak rapat, serta saringan bersasar di kawasan PKPD dan tempat kerja.
Beliau berkata, sebanyak 6 kilang, 1 tadika, 1 kedai makan dan 1 pasaraya di Kuching masih
dalam arahan penutupan selama 14 hari di bawah Akta 342 kerana mempunyai risiko transmisi di
tempat kerja.
"Adalah dimaklumkan bahawa semua premis atau pejabat yang didapati mempunyai risiko
jangkitan COVID-19 akan diarahkan tutup untuk pembersihan dan semua kontak yang terdedah
akan dibuat saringan serta diberikan arahan kuarantin, katanya.
Setakat hari ini katanya, terdapat juga premis yang ditutup secara suka rela dan dalam
pemantauan Pejabat Kesihatan Bahagian Kuching.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|