|
Sebanyak 510 kes baru (53%) telah dilaporkan di Daerah Kuching pada hari ini.
Ini merupakan hasil pengesanan aktif yang giat dijalankan oleh Pejabat Kesihatan Bahagian Kuching di kalangan kontak rapat, serta saringan bersasar di kawasan PKPD dan tempat kerja.
Adalah dimaklumkan bahawa semua premis atau pejabat yang didapati mempunyai risiko jangkitan COVID-19 akan diarahkan tutup untuk pembersihan dan semua kontak yang terdedah akan dibuat saringan serta diberikan arahan kuarantin.
Setakat hari ini, sebanyak 6 kilang, 1 tadika, 1 kedai makan dan 1 pasaraya di Kuching masih dalam arahan penutupan selama 14 hari di bawah Akta 342 kerana mempunyai risiko transmisi di tempat kerja. Selain itu, terdapat juga premis yang ditutup secara suka rela dan dalam pemantauan Pejabat Kesihatan Bahagian Kuching.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|