CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 899|Reply: 3

Selangor sahkan Sikh Izhan buruan kelab Sepanyol

[Copy link]
Post time 15-8-2021 07:10 PM | Show all posts |Read mode
Kuala Lumpur: Saham penjaga gol muda Selangor FC, Sikh Izhan Nazrel Sikh Azman kini melambung tinggi selepas berjaya memperagakan aksi mantap terutama ketika membantu kelabnya membenam Kedah Darul Aman FC (KDA FC) 4-2 dalam aksi Liga Super, Jumaat lalu.

Sikh yang baru berusia 19 tahun adalah bekas anak didik Lim Teong Kim di Akademi Bolasepak Mokhtar Dahari (AMD) mula mencuri perhatian apabila disahkan kini menjadi buruan beberapa kelab Eropah yang berminat dengan tonggak kelahiran Pulau Pinang itu.

Perkara terbabit disahkan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Selangor FC, Dr Johan Kamal Hamidon apabila pihaknya ada menerima jemputan sesi percubaan buat Sikh bersama sebuah kelab di Liga Sepanyol.

Katanya, tawaran mengikuti sesi percubaan itu datang dari ejennya dengan tarikh latihan bermula pada 21 Ogos ini dan ia berlangsung selama seminggu.

Namun katanya, perbincangan lanjut masih berjalan dan beberapa perkara perlu diambil kira termasuk tempoh kuarantin wajib selama 14 hari selepas pulang, kem latihan skuad bawah 20 (B-20) tahun negara yang dijadual pada awal bulan depan selain baki kempen Liga Super bersama Selangor.

"Kami masih diperingkat perbincangan dengan ejennya dan masih belum ada keputusan muktamad lagi. Ada beberapa perkara kami kena ambil kira di mana dia juga masih ada baki saingan liga dengan pasukan.

"Selain, dia juga ada latihan dengan skuad negara (B-20), jadi saya kena hubungi Brad Maloney untuk bertanya adakah Sikh penjaga gol utamanya atau ada pilihan lain. Malah, dia juga kena jalani tempoh kuarantin yang lama dan tentunya kami masih perlukan khidmatnya," katanya kepada Arena Metro.

Berdasarkan rekod, tarikh jendela perpindahan pertama pemain di Liga Sepanyol akan tutup pada 31 Ogos ini dan sebab itu Sikh perlu berjalani percubaan dalam tempat terdekat ini.

Malah, menerusi perkembangan terbaru itu, ia menyaksikan Sikh muncul pemain kedua dari skuad Red Giants yang 'dipasarkan' ke Eropah selepas tahun lalu, penyerang muda sensasi negara, Luqman Hakim Shamsudin berjaya meraih kontrak panjang lima tahun bersama kelab KV Kortrijk di Belgium.

Ujar Johan lagi, walaupun Selangor mungkin terpaksa melepaskan bintang mudanya, pihaknya tetap komited untuk mengembangkan bakat dan memberi peluang buat pemain melebarkan sayap ke luar negara.

"Untuk kami di Selangor memang galakkan pemain-pemain keluar...kita lihat sebelum ini, Luqman pun kita lepaskan untuk dia pergi. Bagi kami, kalau ada tawaran-tawaran yang baik dan pemain mahu, kami akan duduk berbincang dan menyokong karier pemain," katanya yang mengakui kelab Sepanyol itu dari liga divisyen dua.

HMetro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-8-2021 07:12 PM | Show all posts

SIKH Izhan akan memulakan latihan di Sepanyol pada 21 Ogos ini dan ia berlangsung selama seminggu. FOTO Ihsan Selangor FC
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2021 08:17 PM | Show all posts
budak2 lim teong kim majoriti menjadi
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-8-2021 08:19 PM | Show all posts
budak AMD ni..selangor borong ramai
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-1-2025 08:33 PM GMT+8 , Processed in 0.176341 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list