MIRI: Polis semalam menahan seorang lelaki yang bertindak memecahkan cermin kereta milik ibunya menggunakan ekzos motosikal dalam kejadian amuk di sebuah rumah di Bandar Baru Permyjaya di sini.
Suspek berusia 21 tahun itu dipercayai bertindak demikian kerana berang tidak diberi wang.
Kejadian seumpama ini bukan pertama kali berlaku dan suspek sering mengamuk sekiranya gagal dapat wang.
Suspek kini ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seskyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan perbuatan khianat.