View: 1422|Reply: 16
|
David, Elizabeth nama popular untuk bayi berpotensi jadi bilionair
[Copy link]
|
|
Nama mempengaruhi keperibadian bayi dan perlu dititikberatkan semasa proses kehamilan. - Getty
David, Elizabeth nama popular untuk bayi berpotensi jadi bilionair
LONDON – Satu kajian yang dijalankan mendapati nama bayi paling popular dalam kalangan bilionair adalah nama-nama ‘biasa’, lapor akhbar The Sun kelmarin.
Laman HushHush.com membuat kajian berdasarkan senarai majalah Sunday Times Rich dan data dalaman pelanggannya bagi mendapatkan 10 nama lelaki dan perempuan yang popular dalam golongan individu kaya.
Nama paling popular ialah David diikuti Alex, John, James dan Mark.
Bagi nama perempuan pula, nama paling popular ialah Elizabeth diikuti dengan Jasmine, Ruth, Leonie dan Sofia.
Nama popular bagi bilionair dan multi-bilioniar adalah David iaitu sebanyak 74 kali diikuti dengan Alex sebanyak 67 kali, manakala Elizabeth muncul sebanyak 43 kali diikuti Jasmine, 32 kali dan Ruth 31 kali.
Penyelidik berkata, nama mempunyai kaitan dengan karakter, sikap dan rupa paras sekaligus menjadikan pemilihan nama sesuatu yang sangat penting kepada semua ibu bapa.
“Pemilihan nama bayi merupakan saat-saat yang istimewa bagi ibu bapa di seluruh dunia dan kami fikir memberikan anak anda nama yang secara statistiknya menunjukkan mereka akan berjaya tentu sekali merupakan apa yang anak anda impikan.
“Terdapat sekitar 2,000 bilionair di dunia dan biarpun nama mereka berbeza, terdapat beberapa bilionair ini yang berkongsi nama yang sama. Ini bersama data dalaman yang diperoleh membolehkan kami menyediakan senarai nama bilionair yang paling popular,,” kata pengasas HushHush.com, Aaron Harper. -Agensi
Sumber:https://www.kosmo.com.my
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Elisheva ialah bini Zakaria (Happy cock) |
|
|
|
|
|
|
|
nama2 fancy akan membuat org syak kau dari ghetto.
contoh nama anak elon yang bongsu. dia ada 7 anak. anak yg lain nama elok saja. tang bongsu nampak cheap dan ghetto. |
|
|
|
|
|
|
|
Jangan jadi scammer billionaire macam Elizabeth Theranos sudahlah |
|
|
|
|
|
|
|
Kuin E pun namanya elizebet... |
|
|
|
|
|
|
|
Biasanya orang nama Elizabeth ni feisty. |
|
|
|
|
|
|
|
David pula, biasanya determine. Dan gigih kuat kerja. |
|
|
|
|
|
|
|
Lagi banyak org guna nama tu, tak kiralah nama apa, lagi banyak peluang utk org yg ada nama tu jadi kaya.
I think it as simple as that. David dan Elizabeth mmg 2 common names, jadi kebarangkaliannya tinggilah. |
|
|
|
|
|
|
|
kolig i melayu..nama manja dia elizabeth..dia mmg disayangi boss..ada kaitan tak |
|
|
|
|
|
|
|
boleh berkawan dgn Apamria
|
|
|
|
|
|
|
|
Tipu. ada 1 lagi nama deorg x mention. Najib |
|
|
|
|
|
|
|
ellejo replied at 14-8-2021 02:23 PM
nama2 fancy akan membuat org syak kau dari ghetto.
contoh nama anak elon yang bongsu. dia ada 7 an ...
Tengokla maknya camne..anak2 dulu maknya orang normal educated kan..lol |
|
|
|
|
|
|
|
mclaren replied at 14-8-2021 02:40 PM
Jangan jadi scammer billionaire macam Elizabeth Theranos sudahlah
Baru nak cakap pasal steve job wannabe ni. Dengar citer dia mengandung. Saje je la tu nak tagih simpati sebab ada kemungkinan nak kena penjara kan |
|
|
|
|
|
|
|
azimodin replied at 15-8-2021 10:58 PM
Baru nak cakap pasal steve job wannabe ni. Dengar citer dia mengandung. Saje je la tu nak tagih si ...
Last baca yang dia kahwin tu (surprised jugak ada nak kat scammer). Lepas tu tak ikut dah kisah dia. Pregnant ye. Hmm. Ramai je women prisoners delivered behind bars. |
|
|
|
|
|
|
|
ingatkan nama Lilibet yg femes |
|
|
|
|
|
|
| |
|