CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 892|Reply: 1

[Sarawak] Vaksin bukan peluru ajaib

[Copy link]
Post time 14-8-2021 10:24 AM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 14-8-2021 02:28 AM

Vaksin bukan peluru ajaib



KUCHING: Semua ibu mengandung disarankan untuk tidak ragu-ragu mendapatkan vaksin Covid-19 dengan kadar segera.

Pakar kesihatan awam di Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan Unimas Profesor Madya Dr Helmy Hazmi berkata, ibu mengandung boleh dikategorikan sebagai golongan berisiko, lebih-lebih lagi yang mempunyai penyakit kronik.

“Lagipun, ketiga-tiga jenis vaksin yang ditawarkan dalam program Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) kini selamat.

“Berbanding tempoh tiga bulan lalu, kita kini mempunyai lebih banyak data untuk menunjukkan keselamatan selain keberkesanan vaksin kepada ibu.

“Ini merupakan perkembangan yang positif. Sebelum ini, ada ibu mengandung bimbang dengan kemungkinan keguguran selepas menerima vaksin Covid-19.

Namun demikian kepercayaan ini disangkal kerana vaksin tidak menyebabkan keguguran,” katanya ketika dihubungi Suara Sarawak.

Dedahnya lagi, sebelum kedatangan vaksin, ibu mengandung mempunyai risiko lebih tinggi mendapat jangkitan teruk.

“Apabila dengan adanya vaksin, sekurang-kurangnya boleh mengurangkan risiko jangkitan teruk dan kematian terutamanya dengan kehadiran varian baharu yang dikhuatiri lebih ganas.

“Dalam beberapa pemantauan yang dilakukan, contohnya di United Kingdom (UK), 98 peratus ibu mengandung dimasukkan ke hospital terdiri daripada mereka yang belum menerima vaksin langsung.

“Sekiranya ibu tersebut divaksin, bayi yang dikandung turut menerima kebaikan kerana mendapat antibodi daripada si ibu yang divaksin.

“Ini sudah tentu ia memberi perlindungan semula jadi kepada bayi tersebut setelah dilahirkan kelak,” jelasnya lagi.

Dr Helmy menasihati ibu untuk mengenal pasti tempat mendapat vaksin dan jenis vaksin yang akan diberikan.

“Ibu mengandung pastikan membawa kad ibu mengandung, supaya petugas kesihatan dapat membuat penilaian.

“Hal ini kerana, buat masa sekarang, ibu dengan usia kandungan 14 hingga 33 minggu sahaja diberikan vaksin tanpa sebarang kerumitan.

“Manakala mereka yang mempunyai usia kandungan 34 minggu ke atas perlu berunding dengan doktor di pusat pemberian vaksin ataupun di klinik bagi mendapatkan pemantauan susulan kandungan,” katanya lagi.

Katanya, selepas penilaian awal di pusat pemberian vaksin dan dibenarkan mendapatkan vaksin, pastikan tahu jenis vaksin yang diterima.

“Lihat picagari yang mengandungi vaksin untuk memastikan bahawa vaksin telah disuntik.
“Sekiranya takut, lihat picagari sebelum dan selepas suntikan.

Minta petugas kesihatan menunjukkan picagari telah kosong.

“Selepas suntikan, pemantauan akan dilakukan di pusat vaksin. Teruskan juga membuat pemantauan kendiri di rumah dengan memberi perhatian kepada tanda alahan seperti bengkak pada muka dan mata dan sebagainya,” tambahnya lagi.

Jelasnya mengalami sakit di tempat suntikan, sengal badan, demam sedikit merupakan perkara biasa selepas suntikan.

“Ini menunjukkan badan sedang bertindak dan menghasilkan antibodi. Boleh, sekiranya ada, makan ubat tahan sakit seperti panadol.

“Sekiranya ada sebarang masalah, pergi ke klinik atau hospital terdekat dengan segera.

Teruskan memakai pelitup muka, elakkan tempat yang sesak dan amalkan tabiat mencuci tangan walaupun selepas menerima vaksin.

“Perlu diingati bahawa perlindungan penuh hanya akan diperolehi dua minggu selepas suntikan dos kedua vaksin,”ujarnya.

Beliau turut menekankan vaksin salah satu ikhtiar seperti penggunaan pelitup muka dan mengelakkan tempat sesak. “Vaksin bukan peluru ajaib yang akan menyelesaikan pandemik ini dengan segera. Vaksin membolehkan kita hidup bersama-sama dengan Covid-19 tanpa kegusaran yang melampau,” tegasnya lagi.

Baru-baru ini Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali berkata, wanita hamil boleh mendapatkan temu janji vaksin melalui klinik kesihatan ibu dan anak, tanpa perlu berbuat demikian menerusi aplikasi MySejahtera.



Suarasarawak/2021/08/14



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-8-2021 01:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Mmg bukan peluru ajaib. Racun ajaib barangkali
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-5-2024 12:26 AM GMT+8 , Processed in 0.068661 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list