Edited by Vellfire at 14-8-2021 02:20 AM
Remaja hilang semasa mandi bersama tiga rakan
CARI: Pasukan bomba menjalankan operasi pencarian mangsa hilang di Sungai Kampung Sekudung Serusup, di sini.
TUARAN: Seorang remaja lelaki dikhuatiri lemas selepas hilang ketika mandi bersama tiga rakannya di Sungai Kampung Sekudung Serusup, di sini semalam.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tuaran, Abdul Qawie Abdul Gapar berkata sebaik menyedari kehilangan mangsa, tiga rakannya kemudian membuat laporan kecemasan untuk mendapatkan bantuan segera kira-kira jam 3.30 petang.
Katanya mangsa dikenali sebagai Mohamad Amar Qayyum Rasmi, 15 berasal dari Kampung Bolong Lama, di sini.
“Panggilan kecemasan diterima pada jam 4.21 petang sebelum 10 anggota dan pegawai dikerah ke lokasi bersama sebuah jentera, van Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (ERMS) dan bot penyelamat.
“Pasukan operasi menjalankan pencarian menggunakan kaedah permukaan sejauh 100 meter dari kawasan mangsa dilaporkan hilang.
“Operasi terpaksa ditangguhkan pada jam 6.18 selepas keadaan cuaca semakin gelap selain tiada sebarang petunjuk yang membawa kepada penemuan mangsa,” katanya semasa dihubungi semalam.
Menurutnya operasi pencarian hari kedua diteruskan hari ini membabitkan Pasukan Penyelam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah.
Katanya, seramai lima penyelam memulakan operasi pencarian bermula seawal jam 7.05 pagi.
Utusanborneo/2021/08/14
|