CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1960|Reply: 13

Mampu bertutur lima bahasa utama dunia, hasil belajar dari YouTube

[Copy link]
Post time 14-8-2021 07:40 AM | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR - Bayangkan dengan hanya berbekalkan ilmu dari YouTube, seorang anak muda kelahiran Sabah mampu bertutur lima bahasa utama di dunia, selain turut fasih berbahasa Melayu dan sukuan Sungai Kalabuan.

Kedengarannya memang sukar, namun itulah dibuktikan Azrey Henderey, 20, dari Tongod, sebuah daerah pedalaman di Sabah, apabila beliau menunjukkan kemampuannya bertutur dalam bahasa Jepun, Rusia, Sepanyol, Mandarin, bahasa Inggeris serta bahasa ibundanya, dialek Sungai Kalabuan dan bahasa Melayu menerusi satu video di aplikasi TikTok.

Menerusi paparan video TikTok itu, Azrey begitu selesa, selamba dan fasih menuturkan bahasa utama dunia itu ketika bersembang dalam talian menerusi media sosial dengan kenalannya di luar negara.

"Saya mahu mengembara ke seluruh dunia suatu hari nanti, jadi saya mahu belajar pelbagai budaya dan mahu lebih memahami mereka, jadi kalau boleh saya mahu belajar bukan sahaja tujuh lapan tapi sebanyak boleh bahasa yang saya mampu,” katanya kepada Bernama.

Menceritakan kebolehannya berbahasa Mandarin, Azrey berkata, kemahiran itu diperoleh ketika belajar di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina di Sabah pada usia tujuh tahun, sebelum menyambungnya setahun kemudian di Johor kerana mengikuti keluarganya berpindah ke negeri itu.

Ketika di sekolah menengah pula, beliau berkata kekangan bahasa yang dihadapi beliau untuk berkomunikasi dengan pelajar dari Jepun yang mengikuti program pertukaran pelajar di sekolahnya membuatkan beliau nekad untuk mempelajari bahasa Jepun menerusi saluran YouTube.

"Saya tidak mampu mengikuti kelas sebab yurannya agak mahal, jadi saya gunakan medium percuma iaitu YouTube selain menonton siri anime Jepun,” katanya menambah, beliau lebih mudah dan cepat belajar menggunakan video berbanding buku.

Bercerita lanjut, Azrey berkata setelah menamatkan persekolahannya, beliau berkenalan dengan ramai sahabat dari luar negara seperti Sepanyol, Kazakhtsan, Rusia serta Jepun, kebanyakannya menerusi media sosial sehingga mendorong beliau untuk mempelajari lebih banyak bahasa untuk memudahkan komunikasi.

Mengakui bukanlah semudah yang disangkakan, Azrey berkata setiap ilmu yang diperolehnya di YouTube perlu dipraktikkan menerusi latihan percakapan dan beliau banyak menggunakan aplikasi OmeTV yang membolehkannya berinteraksi dengan pelbagai individu dari seluruh dunia.

"Pada pendapat saya kalau kita belajar sesuatu bahasa, kita dapat lebih memahami seseorang itu dan kita dapat memahami budaya mereka.

"Kalau kita bercakap menggunakan bahasa ibunda seseorang itu, orang itu akan lebih terbuka berkongsi masalah dan pendapat dengan kita,” katanya yang berhasrat mempelajari bahasa Poland, Jerman dan Korea selepas ini.

Penuntut Tahun pertama Diploma in Broadcasting di Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman yang bercita-cita menjadi penyampai radio itu turut menasihatkan anak-anak muda untuk mempelajari lebih daripada satu bahasa.

"Teknologi pun makin canggih gunakanlah peluang ini sebaiknya, kamu akan rasa keindahan bila kamu mampu bercerita dengan orang yang kamu gunakan bahasa mereka, kamu akan dapat pelajari banyak benda yang tiada di sekolah,” katanya. - Bernama

Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... elajar-dari-YouTube
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-8-2021 07:41 AM | Show all posts

Azrey Henderey
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-8-2021 07:42 AM | Show all posts
wow...boleh jadi pakar motivasi ni..hebatttt

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2021 08:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Hebatnya anak muda. Tahniah !

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2021 08:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Hebat

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2021 09:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Seronok jadik polyglot ni.
Orang nak ngutuk dalam bahasa sendiri pun kita boleh aippp aku faham ehhhh apa ko cakap
Haa gituuu

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-8-2021 10:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Wow....terbaik...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2021 11:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Takde video dia cakap ke?

Hebatnya ko dik...
Akak 5 tahun 2.5jam seminggu belajar bahasa arab tak pandai2 juga cakap arab...
Skrg ni dah 3 bulan 4 jam seminggu teman anak masuk kelas mandarin pun tak pandai2 juga ....

Sedih betul akak...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-8-2021 11:51 PM From the mobile phone | Show all posts
sarahmirza replied at 14-8-2021 11:46 PM
Takde video dia cakap ke?

Hebatnya ko dik...

iols belajar bahasa arab 3 taun tak pandai2..jangan kata bercakap, dengar pon tak faham..beza dengan mandarin, iols dengar iols paham..susah betul bahasa arab

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2021 11:57 PM | Show all posts
meols pon teringin nak jadi polyglot ni. Best tau dapat bertutur dalam pelbagai bahasa.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2021 12:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Hebat hebat... Molek juga cita2 dia nak jadi penyampai radio, elok nanti noleh buat macam2 segment.

Iols pun teringin nak tutur banyak Bahasa. Sekarang ni sambil2 isi masa belajar kat Duolingo je, 5 bahasa gak tapi hanya boleh kenal perkataan dan bina ayat2 pendek, tapi tutur langsung tak boleh. Sikit2 pronunciation je, nak sembang tak lepas langsung.

Bukannya apa uols, dah tua2 ni, inilah salah satu cara nak asah minda.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2021 04:28 PM | Show all posts
tidak semua orang boleh mampu bertutur sehingga 5 bahasa dengan baik, tahniah diucapkan
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2021 10:41 AM | Show all posts
Akak boleh berbahasa malayu dengan baik
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2021 11:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Bahasa plg susah nak belajar adalah bahasa arab...dah 11 thn belajar pun x reti2 jua...bahasa senang nak belajar tamil tapi bahasa ni sejenis skill bila x asah selalu..x practise mmg cepatlah lupanya..huhu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-9-2024 03:08 AM GMT+8 , Processed in 0.052346 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list