CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 681|Reply: 0

[Sabah] Sabah masih melarang aktiviti rentas daerah

[Copy link]
Post time 13-8-2021 09:46 PM | Show all posts |Read mode
Sabah masih melarang aktiviti rentas daerah


KUDAT: Kerajaan Negeri akan terus menguatkuasa larangan rentas daerah berikutan jumlah kes baharu COVID-19 yang tinggi setiap hari.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata, walaupun Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dilaksanakan secara bersasar, tetapi kes baharu berkenaan terus meningkat.

"Oleh itu, sekatan jalan raya akan terus dilaksanakan agar mengetatkan larangan rentas daerah, rakyat harus patuh kepada SOP ini," katanya selepas lawatan kerja ke daerah ini pada Khamis.

Ahad lalu, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan untuk melonggarkan Prosedur Operasi Standard (SOP) di negeri-negeri melaksanakan Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 2 termasuk membenarkan rentas daerah kepada mereka yang sudah menerima dos kedua vaksin.

SOP PPN Fasa 2 Sabah pada 12 Ogos lalu bagaimanapun masih melarang aktiviti rentas daerah kecuali hal-hal kecemasan, kerja (dengan sokongan dokumen majikan), janji temu vaksin serta sektor perkhidmatan penting.

Pergerakan pasangan jarak jauh dan ibu bapa yang ingin berjumpa anak berumur di bawah 18 tahun dibenarkan merentas daerah dalam negeri dengan syarat mendapat kebenaran Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan mengemukakan dokumen berkaitan.

Hajiji berkata, antara usaha untuk memerangi COVID-19 adalah vaksinasi dan memastikan setiap SOP dipatuhi.

"Kita menyeru orang ramai agar tidak melakukan perjumpaan sosial yang melibatkan ramai orang pada ketika ini.

"Kita mahu orang ramai lebih berdisplin, hanya dengan cara ini kita mampu memutuskan rantaian COVID-19," katanya.

Katanya, Sabah akan menerima 200,000 dos vaksin CanSino pada minggu depan. Jumlah itu sudah pasti akan meningkatkan proses vaksinasi di Sabah seterusnya mencapai imuniti kelompokan.

Sehingga kini, seramai 1,227,628 atau 44.5 peratus populasi 18 tahun ke atas di Sabah telah menerima dos pertama vaksin.

Dalam pada itu, Hajiji turut melawat Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Tun Mustapha untuk melihat sendiri proses vaksinasi yang sedang dijalankan.



Utusanborneo/2021/08/13



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-12-2024 04:05 PM GMT+8 , Processed in 0.054989 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list