COVID-19: 715 kes baharu, dua kematian di Sarawak
KUCHING: Sarawak merekodkan 715 kes baharu COVID-19 hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kes kini 85,318 kes.
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) dalam kenyataan berkata 540 daripada kes tersebut merupakan kategori 1 iaitu tiada gejala.
Manakala 173 kes katanya merupakan kategori 2 (gejala ringan) dan masing-masing satu kes kategori 3 (jangkitan paru-paru) dan kategori 4 (jangkitan paru-paru dan memerlukan oksigen).
“Daerah Kuching kekal merekodkan kes harian tertinggi 291 kes diikuti Serian (184), Samarahan (36), Simunjan (29), Tebedu (26), Bintulu (23), Bau (22), Lundu (12), Sibu (10) dan Mukah (10).
“Lain-lain kes dikesan di Miri (9), Asajaya (9), Tatau (9), Selangau (9), Betong (8), Pusa (7), Lawas (6), Sebauh (5), Kanowit (4), Belaga (2), Lubok Antu (2) dan masing-masing satu kes di Dalat dan Telang Usan,” katanya.
JPBNS turut memaklumkan daripada 715 kes baharu yang dilaporkan ini, 11 kes merupakan kes Import B iaitu individu balik dari Johor (5), Kuala Lumpur (3), Sabah (2) dan Selangor (1).
Manakala 418 kes merupakan individu yang mempunyai kontak kepada kes positif COVID-19, 91 kes individu dalam kluster aktif sedia ada, 108 kes saringan individu bergejala di fasiliti kesihatan dan 87 kes lain-lain saringan di fasiliti kesihatan.
“Dua kematian baharu dilaporkan melibatkan lelaki tempatan masing-masing berumur 85 dan 61 tahun dari Kuching dan Serian, disahkan meninggal di Hospital Umum Sarawak,” katanya.
Terdapat 794 kes pulih dan dibenar discaj menjadikan jumlah yang telah pulih dan dibenar discaj di Sarawak kini seramai 76,590 orang.
Manakala terdapat 8,067 kes yang masih aktif dan mendapat rawatan serta diasingkan di wad hospital dan pusat kuarantin dan rawatan berisiko rendah COVID-19 (PKRC).
Utusanborneo/2021/08/13
|