CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: akuchenta

[Sarawak] Insiden tembak di Kem TUDM Sarawak

[Copy link]
Post time 14-8-2021 09:26 PM | Show all posts
Edited by Vellfire at 14-8-2021 01:36 PM
FanTasyCreaTioN replied at 14-8-2021 12:30 PM
Antara 4 ni...

salah seorang adalah yang menembak tu la kan ...

Kat fb ada cerita
Tapi itulah kes masih dlm siasatan
Ada saksi tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-8-2021 08:46 PM | Show all posts
Wan Sabli anggap anaknya mati syahid




Wan Sabli ketika ditemui selepas selesai upacara pengebumian anaknya, Sharif Mohd Siddiq di Tanah Perkuburan Kampung Melayu Siniawan Seberang.

BAU: “Sebagai bekas tentera, saya bangga anak saya mati syahid. Kita sudah terbiasa menghadapi situasi ini malah lebih teruk lagi daripada itu.

“Alhamdulillah, Allah mengambilnya dengan cara mati syahid,” demikian kata bapa mangsa tentera yang terkorban dalam insiden tembakan di Kem Skuadron 330 Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Kota Samarahan pada Jumaat lalu.

Wan Sabli Wan Saie, 56, ketika ditemui selepas selesai upacara pengebumian anaknya, Sharif Mohd Siddiq Al-Attas di Tanah Perkuburan Kampung Melayu Siniawan Seberang hari ini berkata, beliau reda dengan pemergian arwah.

“Saya amat berterima kasih kepada pihak TUDM yang banyak membantu daripada pelbagai sudut sejak arwah mula berkhidmat sehingga dikebumikan.

“Terima kasih juga kepada Panglima Wilayah Udara Dua, Mejar Jeneral Datuk Shamsudin Kassim TUDM kerana sudi hadir memberi penghormatan terakhir di hari pengebumian anaknya,” kata beliau.

Ditanya bila kali terakhir berjumpa dengan anaknya, Wan Sabli dengan sebak berkata semasa arwah memintanya mengunting rambut sehari sebelum kejadian.

“Tiada pesanan ditinggalkan, dia hanya meminta saya untuk menggunting rambut sebab pagi (Jumaat) dia nak turun kerja.

“Memang sempat gunting rambut kerana arwah tinggal di belakang rumah saya,” jelasnya.



Syukri ditenangkan oleh ahli keluarganya ketika ditemu bual, hari ini.

Sementara itu, adik bongsu arwah, Sharif Mohd Syukri Al-Attas, 15, kelihatan tidak dapat mengawal emosi sedih atas pemergian abangnya.

Beliau yang rapat dengan arwah hanya mampu memberitahu saat terakhir bersama abangnya ketika menggunting rambut bersama-sama di rumah bapa mereka.

“Kemudian saya menemani abang pulang ke rumahnya,” kata Syukri yang belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Paku di Bau.

Sharif Mohd Siddiq merupakan antara empat anggota yang terkorban dalam insiden tembakan di Kem Skuadron 330 TUDM Kota Samarahan pada Jumaat lalu.

Allahyarham merupakan anak kedua daripada tujuh adik beradik dan meninggalkan seorang balu, Shima Mustapha, 29, serta tiga anak termasuk bayi lelaki berusia dua bulan.


Utusanborneo/2021/08/15

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2021 08:51 PM | Show all posts
Reda dengan pemergian suami - Shima




Shima (tenang) sebak ketika ditemui media selepas upacara pengebumian suaminya, Sharif Mohd Siddiq.

BAU: Balu Allahyarham Koperal Udara Sharif Mohd Siddiq Al-Attas Wan Sabli reda dengan pemergian suaminya yang terkorban dalam insiden tembakan di Kem Skuadron 330 Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Kota Samarahan, Jumaat lalu.

Shima Mustapha, 29, beranggapan suaminya itu sangat berani dan tidak gentar apabila beliau cuba menenangkan suspek yang sedang mengamuk semasa kejadian.

"Pada mulanya saya tidak percaya suami saya antara mangsa tembakan itu selepas dimaklumkan kejadian oleh mak mentua.

“Namun selepas pegawai TUDM memberitahu dan menyebut nama suami, saya reda dengan pemergiannya kerana arwah merupakan hero di kem, dia kuat,” katanya dalam nada yang sebak.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas selesai upacara pengebumian Allahyarham di Tanah Perkuburan Kampung Melayu Siniawan Seberang di sini, hari ini.

Menurut Shima, sebelum ke tempat kerja pada hari kejadian, arwah sempat berpesan akan pulang ke rumah untuk makan tengah hari bersama-sama.

“Namun hasratnya tidak tercapai…bagaimanapun saya bersyukur kerana arwah sempat melihat anak bongsunya yang berusia dua bulan.

“Terlalu banyak kenangan kami, sebab itu saya tidak mahu berjauhan dengannya sehingga perjalanan terakhirnya hingga ke liang lahad. Arwah sudah pasti mahu anak dan isterinya sentiasa di sisi,” kata Shima.



Mustapha ketika ditemui pemberita hari ini.

Sementara itu, bapa mentua Allahyarham, Mustapha Bojet, 56, menganggap arwah seperti rakan baik kerana selalu berkumpul dan bergurau bersama.

“Saya dengan menantu umpama anak-beranak. Memang gembira malah dia juga mempunyai ramai kawan.

“Apabila saya mendengar pemergiannya, saya terkejut. Masa itu saya tengah bertugas dan tiba-tiba anak saya, Shima memberitahu bahawa arwah sudah tiada,” katanya.

Mustapha berkata, beliau amat sedih dengan kehilangan arwah yang amat rapat dengannya.

“Isteri saya hampir rebah apabila mendapat perkhabaran tersebut kerana dia ada lemah semangat. Namun, paling saya kasihan adalah kehidupan anak-anak arwah yang kehilangan bapa ketika masih kecil,” katanya.

Sharif Mohd Siddiq merupakan antara empat anggota yang terkorban dalam insiden tembakan di Kem Skuadron 330 TUDM Kota Samarahan pada Jumaat lalu.

Allahyarham merupakan anak kedua daripada tujuh adik beradik.

Arwah meninggalkan seorang balu dan tiga anak iaitu Sharifah Syafa Syakira Sharif, 5; Sharifah Syafa Syahirah, 3 dan Syarif Edrogan yang baru berusia dua bulan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2021 08:53 PM | Show all posts
Jenazah Mohd Ehsan selamat dikebumikan



Nur Atiqah menyiram air di pusara suaminya selepas upacara pengebumian.

ASAJAYA: Hujan renyai-renyai menambahkan suasana hiba di Tanah Perkuburan Islam Kampung Asajaya Laut pada majlis pengebumian jenazah Allahyarham Koperal Udara Mohamad Ehsan Sehamat, hari ini yang terkorban dalam insiden tembakan di Balai Pengawal Handau Skuaron 330 TUDM, Kota Samarahan pada 13 Ogos lalu.

Jenazah Allahyarham sebelum itu dibawa ke rumah keluarga arwah di Kampung Asajaya Laut sekitar jam 9.15 pagi untuk tatapan kali terakhir ahli keluarga.

Jenazah Allahyarham kemudian dibawa ke Masjid An Najah, Asajaya untuk disembahyangkan sebelum dibawa ke Tanah Perkuburan Islam Kampung Asajaya Laut  pada jam 10 pagi.

Majlis pengebumian Allahyarham Mohamad Ehsan turut disaksikan ahli keluarga termasuk isterinya, Nur Atiqah Nurul Supyie, 29.

Turut hadir pada majlis pengebumian itu, Komander Pangkalan Udara Kuching Kolonel Mohd Azwan Bohari TUDM, pegawai dan anggota TUDM lain.

Pengebumian Allahyarham Mohamad Ehsan dilakukan mengikut istiadat tentera dan majlis selesai sekitar jam 11.15 pagi.

Sementara itu, Sarjan Skuadron 33 TUDM Mohd Shakur Abd Rahman mengetuai bacaan talkin.

Adik Allahyarham, Mohd Azniel Sehamat, 20, ketika ditemui selepas majlis pengebumian mengucapkan syukur kerana urusan pengebumian abangnya berjalan dengan lancar.

"Alhamdulillah, walaupun masih sedih dengan kejadian ini kami sekeluarga bersyukur kerana proses pengebumian jenazah dipermudahkan. Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menguruskan majlis pengebumian ini," katanya.

Pada masa sama, dia sempat berkongsi kisah kenangannya bersama arwah abangnya itu.

"Banyak kenangan serta nasihat abang tidak akan saya lupakan sepanjang hayat. Arwahlah yang menghantar saya masuk ke universiti (Universiti Malaysia Sarawak) dan memberi semangat kepada saya," katanya yang mengambil bidang Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik.

Meskipun masih terkejut mendapat berita pemergian Allahyarham, Mohd Azniel berkata, dia dan keluarga reda dengan ketentuan itu.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2021 09:01 PM | Show all posts
Jenazah Allahyarham Sharif Mohd Siddiq selamat dikebumikan



BAU: Suasana pilu menyelubungi Tanah Perkuburan Kampung Melayu Siniawan Seberang di sini, ketika jenazah Allahyarham Koperal Udara Sharif Mohd Siddiq Al-Attas Wan Sabli, 29, selamat dikebumikan sekitar jam 10.30 pagi tadi.

Hujan renyai mengiringi pengebumian jenazah Allahyarham Sharif Mohd Siddiq yang disaksikan oleh ahli keluarga serta beberapa pegawai dan anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Pengebumian Allahyarham Sharif Mohd Siddiq berusia 29 tahun itu dilakukan mengikut istiadat tentera.


Jenazah Allahyarham Sharif tiba di Tanah Perkuburan Kampung Melayu Siniawan Seberang kira-kira jam 9 pagi tadi

Sebelum itu urusan solat jenazah dan bacaan tahlil diadakan di rumah keluarganya di Kampung Siniawan Lot.

Turut hadir memberi penghormatan terakhir ialah Panglima Wilayah Udara Dua, Mejar Jeneral Datuk Shamsudin Kassim TUDM

Terdahulu, jenazah Allahyarham tiba di tanah perkuburan dengan van jenazah TUDM kira-kira jam 9 pagi tadi.

Allahyarham merupakan antara empat anggota yang terkorban dalam insiden tembakan di Kem Skuadron 330 TUDM Kota Samarahan pada Jumaat lalu.

Allahyarham merupakan anak kedua daripada tujuh adik beradik dan meninggalkan seorang balu serta tiga anak termasuk bayi lelaki berusia dua bulan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2021 08:25 AM | Show all posts
Perkembangan kejadian tembak di kem TUDM Sarawak

Menurut sumber, suspek sebelum ini bertugas di Pangkalan Udara Kuantan Pahang, sebelum kembali bertugas di Sarawak.

Difahamkan, suspek juga sedang menjalani kuarantin COVID-19 dan siasatan awal mendapati suspek tidak mempunyai masalah dengan rakan setugas.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-8-2021 07:05 PM | Show all posts
Kes tembak TUDM: Polis tunggu keputusan bedah siasat



Mayat mendiang Nesly dibawa menggunakan Helikopter EC 725 AP milik TUDM.

KUCHING: Polis masih menunggu keputusan laporan hasil bedah siasat kes tembakan yang mengorbankan empat anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang berlaku di Balai Pengawal Handau Skuaron 330 TUDM, Kota Samarahan pada Jumaat lalu.  
Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak DCP Mancha Ata berkata, pihaknya masih menunggu keputusan laporan hasil bedah siasat.

"Kita masih menunggu keputusan laporan hasil bedah siasat kes ini. Jenazah tiga anggota telah diserahkan kepada pihak keluarga untuk urusan pengebumian," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Pada Jumaat, Mancha dalam kenyataan berkata, insiden tembakan yang menyebabkan kematian empat anggota TUDM yang berlaku di Balai Pengawal (HANDAU) Kompleks Skuadron 330 TUDM, Kota Samarahan diklasifikasikan sebagai kes bunuh.

Beliau mendedahkan, seorang daripada empat anggota yang maut itu adalah suspek yang terlibat dalam insiden tersebut.

"Motif dan punca kejadian masih dalam siasatan. Kes ini disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh," katanya.

Jelasnya, siasatan awal mendapati kejadian yang melibatkan empat anggota TUDM yang bertugas di Balai Pengawal(HANDAU), salah seorang anggota iaitu suspek merampas senjata api dari tempat simpanan senjata api Balai Pengawal yang kemudian menembak ketiga-tiga anggota tersebut sebelum menembak dirinya.

Sementara itu, TUDM menerusi akuan rasmi Facebook memaklumkan mayat mendiang Laskar Udara Kanan (LUK) Nesly Nabau yang berasal dari Sibu selamat tiba di kediaman isterinya di Sarikei pada jam 9.30 pagi hari ini yang dibawa menggunakan Helikopter EC 725 AP milik TUDM.

Mendiang akan diberikan penghormatan terakhir oleh ahli keluarga beliau sebelum disemadikan di Nirvana Memorial Park Sibu pada 18 Ogos 21.

"Urusan pengkebumian diuruskan oleh Pangkalan Udara Kuching dengan bantuan pihak hospital dan pihak pengurusan mayat Nirvana Memorial Park Sibu.

"TUDM merakamkan penghargaan dan terima kasih atas bantuan dan kerjasama pelbagai pihak termasuk PDRM, Hospital Umum Sarawak, pihak pengurusan Nirvana Memorial Park Sibu serta semua pihak yang membantu melancarkan segala urusan mendiang.

"Seluruh warga TUDM mengucapkan takziah kepada waris  dan keluarga Mendiang LUK Nesly dan semoga mereka diberikan ketabahan menghadapi ujian yang menimpa," ujarnya.

Pada Ahad jenazah Allahyarham Koperal Udara Mohamad Ehsan Sehamat selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Asajaya Laut.

Manakala jenazah Koperal Udara Sharif Mohd Siddiq Al-Attas Wan Sabli selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Melayu Siniawan, Bau semalam.



Utusanborneo/2021/08/16

Reply

Use magic Report

12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-1-2025 04:36 AM GMT+8 , Processed in 0.411118 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list