CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 678|Reply: 0

[Sarawak] Kantoi curi satu tan kelapa sawit

[Copy link]
Post time 12-8-2021 08:59 PM | Show all posts |Read mode
Kantoi curi satu tan kelapa sawit




MUKAH: Tindakan tiga lelaki tempatan dipercayai mencuri hampir satu tan tandan kelapa sawit (nilai anggaran RM 690) di Ladang Palmraya Pelita Meruan Plantation Sdn. Bhd Jalan Dijih, Selangau pada petang Selasa tumpas dan kesemua suspek ditahan di Balai Polis Mukah.

Ketua Polis Daerah Mukah Deputi Superitenden Muhamad Rizal Alias berkata tiga suspek masing-masing berusia 30, 25 dan 20 tahun itu mengaku mencuri selepas pengadu iaitu polis bantuan di ladang berkenaan menyedari buah sawit yang diambil bukan milik mereka.

“Sekitar jam 3.12 petang semasa pengadu sedang bertugas di pintu utama di kawasan Ladang Palmraya Pelita Meruan Plantation Sdn. Bhd. pengadi ternampak tiga lelaki menaiki sebuah van dan pengadu meminta mereka keluar dari van kerana ingin memeriksa suhu badan.

“Selepas itu, pemeriksaan turut dibuat di bahagian belakang van dan mendapati terdapat beberapa tandan buah kelapa sawit.

“Apabila disoal mengenai lokasi mereka mengambil buah kelapa sawit berkenaan, jelas mereka mengambil buah tersebut di dalam kawasan ladang bukan milik mereka,” katanya dalam satu kenyataan.

Tambahnya lagi suspek turut mengaku telah mengambil buah kelapa sawit di kawasan ladang fasa 1 blok 4 dan 5 yang terletak di tepi jalan besar serta mengambil buah kelapa sawit yang telah jatuh dari traktor ladang, termasuk buah kelapa sawit yang belum disusun dan telah ditombak oleh pekerja ladang di situ.

“Mereka mengambil buah kelapa sawit yang telah dipotong dan akan diletakan ditepi jalan sebelum dijual.

“Hasil siasatan awal mendapati tiga suspek tersebut tidak mempunyai ladang persendirian dalam kawasan ladang tersebut.

“Suspek juga bukan pekerja ladang, dan hanya penduduk kampung yang menggunakan jalan tersebut. Kesemua suspek turut tidak mempunyai rekod jenayah lampau.

“Tangkapan dibuat ke atas mereka dan diserahkan serta ditahan di lokap Balai Polis Mukah untuk tindakan lanjut,” dedahnya lagi.

Van serta buah kelapa sawit yang dicuri oleh suspek turut dirampas sebagai bahan bukti.

Perintah tahanan reman terhadap suspek juga akan dipohon pada 11 Ogos 2021 di Mahkamah Mukah dan kes masih dalam siasatan di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri.


Sarawakvoice/2021/08/12

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-12-2024 03:38 PM GMT+8 , Processed in 0.330186 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list