CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 566|Reply: 0

[Sarawak] Aktiviti sosial punca kes Covid-19 melonjak di Sarawak

[Copy link]
Post time 12-8-2021 08:44 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 12-8-2021 12:49 PM

Aktiviti sosial punca kes Covid-19 melonjak di Sarawak




KUCHING: Aktiviti berkumpul secara sosial yang tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) antara faktor kes Covid-19 di Sarawak meningkat mendadak, kata Pengarah Kesihatan Negeri.



Menurut  Datuk Dr Mohamed Sapian Mohamed, antaranya termasuk aktiviti berkumpul secara sosial dan keluarga, majlis sambutan hari jadi atau perpisahan, majlis pengebumian dan tahlil, aktiviti sukan berkumpulan, bermesyuarat secara fizikal serta jangkitan di tempat kerja.

“Masih ramai lagi individu yang didapati melepak di tempat awam dan berbual-bual di tempat makan tanpa memakai pelitup muka.

“Selain itu, terdapat juga majikan yang masih enggan membenarkan pekerja mereka menjalani saringan atau bekerja dari rumah apabila mereka mempunyai gejala sehingga tercetusnya kluster di tempat kerja,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.
Hari ini kes jangkitan di Sarawak melonjak apabila merekodkan  kes harian  tertinggi setajkat ini, iaitu 1,216 kes menjadikan  jumlah kumulatif  84,603 kes.

Jelas Dr Mohamed Sapian,  orang ramai diingat agar mengelakkan daripada berkumpul untuk sebarang aktiviti sosial, majlis atau sambutan keramaian.
“Janganlah biarkan kegembiraan semasa perayaan atau sambutan tersebut diakhiri dengan kedukaan dan kehilangan mereka yang kita sayangi,” katanya.

Beliau berkata, jabatan ingin menekankan bahawa pembukaan sektor perniagaan dan peningkatan kadar tenaga kerja yang dibenarkan di tempat kerja merupakan langkah dan prihatin kerajaan untuk memulihkan ekonomi dan sosial masyarakat sejajar dengan peningkatan kadar imunisasi Covid-19.

Namun tegasnya kelonggaran yang diberikan bukanlah bermakna telah menang dalam memerangi Covid-19.

Katanya semua orang masih perlu mematuhi SOP dan sentiasa memakai pelitup muka apabila berada di tempat awam, mengamalkan penjarakan fizikal serta amalan kebersihan diri yang tinggi.

“Orang ramai diminta agar kekal duduk di rumah jika tiada urusan penting dan jangan mengunjungi ahli keluarga, jiran atau rakan tanpa tujuan.

“Malah, jangan membawa anak atau golongan yang belum diberi imun
isasi Covid-19 ke tempat awam yang terdapat ramai orang, sesak dan sempit.
“Namun, jika terpaksa, sentiasa pastikan pelitup muka dipakai dan penjarakan fizikal dengan semua orang diamalkan serta SOP yang ditetapkan dipatuhi,” katanya lagu.

Beliau menjelaskan bagi yang bekerja, sekiranya tidak sihat, jangan turun bekerja.
Untuk itu, katanya,  majikan sepatutnya bertanggungjawab memastikan hanya pekerja yang sihat sahaja dibenarkan bekerja manakala yang tidak sihat harus disaring untuk COVID-19.

“Orang ramai di Sarawak diseru agar tidak leka dan terus kekal berwaspada. Kita belum lagi menang dan kita jangan mengalah dalam memerangi wabak ini.





Sarawakvoice/2021/08/12










Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-5-2024 04:17 PM GMT+8 , Processed in 0.080804 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list