CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 597|Reply: 0

[Sabah] 2 Lelaki Pengsan Di Sandakan Bukan Disebabkan Vaksin

[Copy link]
Post time 12-8-2021 08:26 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 12-8-2021 12:27 PM

2 Lelaki Pengsan Di Sandakan Bukan Disebabkan Vaksin


Tegasnya, tuduhan yang tular di media sosial mengatakan bahawa salah seorang daripada mereka telah meninggal dunia juga adalah palsu.

KOTA KINABALU: Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) mengesahkan dua lelaki yang pengsan selepas mendapatkan suntikan vaksin adalah berpunca daripada perut kosong atau tidak mengambil makanan sebelum menerima vaksin.

Pengarahnya, Dr Rose Nani Mudin berkata, situasi yang berlaku ke atas dua individu di pusat pemberian vaksin (PPV) di Sandakan itu juga bukan disebabkan vaksin.

Tegasnya, tuduhan yang tular di media sosial mengatakan bahawa salah seorang daripada mereka telah meninggal dunia juga adalah palsu.

“Kedua-dua lelaki tersebut pengsan selama beberapa minit, tidak lama selepas menerima suntikan mereka, akibat kelaparan.

“Setelah kembali sedar, kedua-dua mereka kemudian diberikan pemerikaaan dan pemantauan kesihatan sebelum dibenarkan pulang ke rumah,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI.

Dr Rose Nani berkata adalah tidak digalakkan bagi mana-mana penerima vaksin untuk datang ke janji temu mereka dalam keadaan perut kosong.

Jelasnya, ini kerana terdapat kemungkinan waktu menunggu itu boleh mengambil masa sehingga satu jam atau lebih, bergantung kepada kehadiran orang ramai.

Sementara itu, siasatan mendapati seorang daripada lelaki yang pengsan itu belum mengisi perut sejak malam sebelum menerima suntikan vaksin. Manakala bagi seorang lagi, kali terakhir dia makan adalah pada pagi sebelum janji temunya.


Sabahpost/2021/08/12




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-12-2024 03:46 PM GMT+8 , Processed in 0.058258 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list