CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 985|Reply: 2

[Sabah] Sabah putuskan beli sendiri vaksin COVID-19

[Copy link]
Post time 12-8-2021 12:26 AM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 11-8-2021 04:27 PM

Sabah putuskan beli sendiri vaksin COVID-19

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri memutuskan untuk membeli vaksin sendiri bagi menampung kekurangan bekalan buat sementara ini.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Panglima Masidi Manjun berkata, langkah itu juga sebagai persediaan kepada sebarang kemungkinan gangguan bekalan vaksin yang boleh mejejas usaha mencapai imuniti kelompok di negeri ini.

Katanya, Kabinet negeri mengambil maklum mengikut sumber-sumber yang sahih ada kemungkinan bekalan vaksin Pfizer akan mengalami gangguan pengeluaran.

Menurutnya, Malaysia tidak terkecuali mendapat impak akibat gangguan pengeluaran terbabit sebagaimana negara lain yang menggunakan vaksin berkenaan.

"Kerajaan melalui syarikat berkaitan kerajaan (GLC) bersedia membeli vaksin sekiranya terdapat kekurangan bekalan bagi memastikan semua penduduk memperolehi vaksin dengan kadar segera.

"Perbelanjaan pembelian vaksin ini akan ditolak daripada jumlah dividen tahunan yang lazim dibayar oleh GLC kepada kerajaan negeri setiap tahun," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, GLC diminta supaya menggunakan sebahagian daripada keuntungan perniagaan mereka untuk membeli vaksin bagi kakitangan dan pekerja serta selebihnya didermakan secara percuma kepada rakyat yang berkelayakan.

Masidi berkata, inisiatif berkenaan akan mempertingkatkan program imunisasi dan mempercepatkan pemberian vaksin kepada semua penduduk di Sabah.

"Syarikat-syarikat swasta khususnya syarikat perladangan besar juga amat digalakkan melaksanakan tanggungjawab sosial korporat (CSR) untuk kebajikan pekerja mereka.

"Syarikat berkenaan disaran membeli vaksin untuk kegunaan pekerja mereka sendiri tanpa menunggu vaksin percuma yang diberi oleh kerajaan.

"Kita sedia maklum sebahagian besar sekitar 80 peratus daripada pekerja-pekerja ladang adalah rakyat asing. Program CSR ini akan membantu mempercepatkan imunisasi kepada seluruh penduduk dewasa di Sabah, tidak kira warganegara atau bukan warganegara," jelasnya.

Dalam pada itu  katanya, kerajaan negeri bersedia mempertimbangkan untuk membenarkan ladang-ladang besar yang berjaya memberi vaksin 100 peratus kepada pekerja mereka (termasuk keluarga) untuk beroperasi semula dengan kapasiti tenaga sepenuhnya.

Menurutnya, syarikat Qhazanah Sabah Sdn Bhd (Warisan Harta SB) yang juga GLC dilantik oleh Pharmaniaga Bhd sebagai wakil penjualan vaksin Sinovac di Sabah.
"Syarikat yang berhasrat membeli sendiri vaksin untuk pekerja mereka boleh menghubungi terus Qhazanah Sabah di Kota Kinabalu.

"Cadangan menggalakkan syarikat-syarikat besar untuk menderma vaksin kepada pekerja mereka bertujuan mempercepatkan Sabah mencapai imuniti kelompok.

"Pada masa sama, ia membolehkan syarikat berkenaan beroperasi sepenuhnya apabila semua pekerjanya lengkap diberi vaksin seterusnya akan mempercepatkan pemulihan ekonomi negeri kita," katanya.


utusanborneo.com.my/2021/08/11



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-8-2021 06:25 AM | Show all posts
nasib baik Sarawak dah awal2 beli sendiri

Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2021 10:18 AM From the mobile phone | Show all posts
FanTasyCreaTioN replied at 12-8-2021 06:25 AM
nasib baik Sarawak dah awal2 beli sendiri

Kan kak. Sabah is too slow i guess dlm hal vaksin. Tgk jak lah kes nya kinek. Beribu dah. Kita yg jirannya pun jd takut dgr.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-12-2024 04:08 PM GMT+8 , Processed in 1.189592 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list