CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 898|Reply: 3

[Sarawak] Covid-19 11/08/2021 634 Kes baharu

[Copy link]
Post time 11-8-2021 09:09 PM | Show all posts |Read mode
Edited by FanTasyCreaTioN at 12-8-2021 06:20 AM

COVID-19: Sarawak rekod 634 kes, lebih 70 peratus kategori 1


KUCHING: Sarawak merekodkan 634 kes baharu COVID-19 dengan 465 daripadanya adalah kategori 1 atau 73.24 peratus iaitu tiada gejala.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) dalam kenyataan hari ini, berkata sementara 167 kes atau 26.34 peratus adalah kategori 2 (gejala ringan) dan dua kes atau 0.32 peratus adalah kategori 3 iaitu jangkitan paru-paru.

Bagaimanapun, katanya tiada kategori 4 (jangkitan paru-paru dan memerlukan oksigen) dan Kategori 5 (jangkitan paru-paru dan memerlukan ventilator) direkodkan.

“Daripada 634 kes hari ini, daerah Kuching merekodkan kes harian tertinggi iaitu 319 kes diikuti Samarahan (64), Bau (42), Lundu (41), Sibu (40), Bintulu (34) dan Serian (31).

“Daerah lain turut merekodkan kes hari ini Simunjan (14), Mukah (13), Miri (6), Sri Aman (6), Selangau (5), Tebedu (4), Pusa (3), Kabong (3), Tatau (2),Betong (2), Beluru (2), Meradong (1), Belaga (1) dan Subis (1),” katanya.

Jawatankuasa berkata ia sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan kes di Sarawak setakat ini meningkat kepada 83,387 kes.

Sementara itu, JPBNS memaklumkan dua kematian direkodkan hari ini, kedua-duanya di Sibu.

“Kematian ke-474 melibatkan lelaki 41 tahun yang disahkan positif COVID-19 pada 6 Ogos dan tiada ko-morbid.

“Manakala kematian ke-475 melibatkan lelaki berusia 65 tahun yang disahkan positif pada 4 Ogos dan mempunyai penyakit darah tinggi, penyakit paru-paru obstruktif kronik dan penyakit hati,” katanya.

Sementara itu, JPBNS berkata tiada kluster baharu diisytiharkan di Sarawak hari ini, menjadikan jumlah kluster aktif kekal 95.

Katanya daripada kluster aktif, sembilan kluster merekodkan pertambahan kes baharu sementara 86 kluster tiada penambahan kes.

“Satu kluster ditamatkan hari ini iaitu Kluster Nanga Tada, Kanowit selepas tiada kes baharu dikesan atau dilaporkan dalam tempoh 28 hari yang lepas melibatkan kluster ini,” katanya.


utusanborneo.com.my/2021/08/11





Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-8-2021 10:57 PM From the mobile phone | Show all posts
civid tu apa

Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2021 06:20 AM | Show all posts
sejenis lauk
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2021 10:24 AM From the mobile phone | Show all posts
By the way, apa cerita fasa 3 kita oh?

Dibawa angin yg lalu jak ka ? Kenak ghosting ka kita ? Hahahaha

Lamak na sidak SDMC polah syarat. Mungkin perlu suara2 dr penasihat perubatan kot. Tp kmk ok jak mun sik dpt rentas daerah or apa. Dgn keadaan cmtok.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-12-2024 03:56 PM GMT+8 , Processed in 0.775470 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list