CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 675|Reply: 0

[Sarawak] 31 peratus kes COVID-19 direkod di Sarawak semalam berusia bawah 18 tahun

[Copy link]
Post time 11-8-2021 03:31 PM | Show all posts |Read mode
31 peratus kes COVID-19 direkod di Sarawak semalam berusia bawah 18 tahun - Dr Sim



KUCHING: Sejumah 260 kes atau 31 peratus daripada 836 kes positif COVID-19 yang direkodkan pada Selasa adalah terdiri daripada mereka yang berusia bawah 18 tahun.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Dato Sri Dr Sim Kui Hian (gambar) berkata, sudah tiba masanya bagi Sarawak untuk bertindak bagi melindungi kumpulan berkenaan.

Sehubungan itu kata Penasihat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) itu, Sarawak memohon kepada Kumpulan Penasihat Vaksin COVID-19 Sarawak (SCOVAG) untuk menilai agar kumpulan itu diberi vaksinasi.

"Memandangkan Sarawak telah jauh ke depan dalam vaksinasi di negara ini dan dianggarkan 29 peratus populasi kita adalah mereka di bawah 18 tahun.
"Kita tidak dapat menunggu lagi dasar PICK (Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan) dan meminta kepada SCOVAG untuk menilai kumpulan ini untuk divaksinasi," katanya menerusi catatan Facebook beliau, semalam.

Dr Sim berkata, daripada 836 kes direkodkan semalam 114 kes atau 13.6 peratus adalah mereka berusia 18 tahun ke atas tetapi belum divaksinasi.
Manakala kata beliau, daripada 116 kes (13.8 peratus) kes direkodkan telah mendapat dos pertama vaksin COVID-19 dan percaya kumpulan terbabit akan berkurangan memandangkan di Sarawak ia hampir mencapai 99.9 peratus untuk janji temu dos kedua.

"Daripada jumlah kes direkodkan semalam juga 346 kes (41.4 peratus) mereka yang telah lengkap dua dos dan ini yang perlu dianalisis dengan lanjut, berapa kes yang telah pasca tempoh 14 hari," tegasnya.

Mengulas lanjut, beliau berkata 77 peratus atau 645 kes yang direkodkan seluruh Sarawak semalam adalah merangkumi tiga kawasan iaitu di Kuching-Samarahan-Serian.
Beliau percaya ia mungkin disebabkan densiti populasi penduduk yang tinggi selain pergerakan dan rangkaian antara ketiga-tiga kawasan.

Semalam Sarawak merekodkan 836 kes iaitu merupakan kes harian kedua tertinggi dengan Kuching merekodkan 458 diikuti Serian 131 dan Samarahan 56 kes.

utusanborneo.com.my/2021/08/11



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-5-2024 03:32 PM GMT+8 , Processed in 0.057756 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list