View: 750|Reply: 1
|
MKN perlu terbuka mengenai permohonan FAM
[Copy link]
|
|
Kuala Lumpur: Kegagalan mendapatkan kebenaran daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk mengadakan aksi persahabatan pada jendela perlawanan antarabangsa dari 30 Ogos hingga 7 September ini amat merugikan skuad Harimau Malaya yang bakal berdepan tugasan sukar di saingan Piala AFF hujung tahun ini serta Kelayakan Piala Asia 2023 pada Februari depan.
Menurut pemerhati bola sepak negara, Dr Pekan Ramli, seharusnya permohonan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) untuk menganjurkan aksi persahabatan itu dipertimbangkan dengan memberi penyelesaian lain demi kebaikan pasukan negara.
"Pertama, pendapat peribadi saya keputusan MKN itu kita faham mereka risau dengan kes Covid-19 yang meningkat dan konsisten antara 17,000 hingga 18,000.
"Cuma bagi saya, keputusan membatalkan itu saya lihat sebenarnya ada alternatif lain yang harus dinasihatkan kepada FAM. Mereka tak boleh kata tidak, kerana sukan bola sepak ini adalah milik rakyat dan satu industri yang penting.
"Banyak negara dah benarkan aksi persahabatan dilakukan, kenapa kita tak boleh?. Sebenarnya banyak solusi lain yang boleh diberi kebenaran seperti mengarahkan skuad negara berlatih di negeri yang berada pada fasa dua atau tiga," katanya kepada Arena Metro.
Malah, beliau berkata, pasukan luar yang datang juga boleh mengemukakan butiran lanjut mengenai vaksinasi sebelum tiba ke negara ini, manakala aksi persahabatan diadakan di negeri fasa dua atau tiga.
"Jadi sebenarnya boleh buat, cuma saya tak faham kenapa terlalu sukar untuk berikan kelonggaran istimewa buat pasukan negara. Sedangkan mereka bermain demi membawa nama Malaysia di kejohanan utama antarabangsa," katanya.
Kelmarin, menerusi satu kenyataan media, FAM mengesahkan aksi persahabatan yang dirangka pada hujung bulan ini tidak mendapat kebenaran MKN sekali gus kem latihan pasukan juga terpaksa dibatalkan.
Untuk itu, FAM akan mengemukakan sekali lagi permohonan sama pada jendela aksi antarabangsa yang dijadual berlangsung dari 4 hingga 12 Oktober ini.
"Saya harap MKN lebih terbuka dalam menimbangkan permohonan FAM selepas ini. Risiko tetap ada tetapi kita sudah ada SOP (prosedur operasi standard) yang menyeluruh.
"Saya selalu tekankan, jika negara luar boleh menganjurkan atau mengadakan sukan, kenapa kita tidak. Apa bezanya kita dengan negara luar.
"Skuad negara ada misi besar dan sekiranya kita gagal di Piala AFF dan gagal layak ke Piala Asia nanti, sudah tentu FAM dan pemain menjadi mangsa," kata Pekan.
sumber : HMetro
|
|
|
|
|
|
|
|
Dr Pekan Ramli |
|
|
|
|
|
|
| |
|