View: 722|Reply: 1
|
Konate teruja aksi di Anfield
[Copy link]
|
|
Anfield: Ibrahima Konate hilang kata-kata selepas tampil kali pertama di Anfield dalam perlawanan pra musim menentang Osasuna, awal pagi tadi.
Pertahanan tengah itu yang dibeli dengan harga £36 juta (RM210 juta) dari RB Leipzig beraksi 80 minit dalam perlawanan yang dimenangi Reds 3-1 di hadapan 40,000 penontong.
Pemain berusia 22 tahun itu kini tidak sabar menikmati perlawanan kompetitif pertama di Merseyside dengan aksi pertama Liverpool di tempat sendiri ketika menentang Burnley pada 21 Ogos.
"Secara jujurnya, tiada kata-kata dapat menjelaskan perasaan saya ketika melangkah kali pertama di padang ini,'' katanya dalam laman web Liverpool. "Menakjubkan dan saya sangat gembira dengan aksi pertama saya disaksikan penyokong di Anfield.
"Hari ini sangat hebat. Saya tak dapat gambarkan suasana stadium ini ketika Liga Perdana atau Liga Juara-Juara.
Ketika menentang kelab La Liga itu, Roberto Firmino meledak dua gol selepas Takumi Minamino membuka tirai jaringan sekali gus lonjakan semangat buat skuad Jurgen Klopp menjelang aksi pertama musim baharu di Norwich City pada awal pagi Ahad ini.
sumber : HMetro
|
|
|
|
|
|
|
|
GELAGAT Firmino meraikan jaringannya. FOTO Agensi |
|
|
|
|
|
|
| |
|