CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 705|Reply: 0

[Sarawak] JPBNS diharap perkenal dasar, SOP sesuai dengan keadaan di Sarawak

[Copy link]
Post time 9-8-2021 03:02 PM | Show all posts |Read mode
JPBNS diharap perkenal dasar, SOP sesuai dengan keadaan di Sarawak

KUCHING: Pelan pemulihan pasca COVID-19 termasuk kelonggaran prosedur operasi standard (SOP) bagi individu yang telah melengkapkan vaksin seperti diumumkan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Ahad amat dialu-alukan semua pihak.

Perkara itu dinyatakan Presiden Persekutuan Persatuan Cina Sarawak (SFCA), Dato Richard Wee (gambar) yang berharap Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) akan mempertimbangnya.

"Saya yakin JPBNS akan memperkenalkan garis panduan dan dasar-dasar untuk Sarawak, mengambil kira keadaan di semua bahagian dan daerah, seiring dengan Pelan Pemulihan Negara (PPN)," katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas keputusan kerajaan persekutuan membenarkan rentas daerah dan negeri serta kuarantin di rumah bagi individu yang sudah melengkapkan dua dos vaksin COVID-19 berkuat kuasa 10 Ogos 2021 (esok).

Wee menegaskan komuniti harus ingat mereka perlu terus mengamalkan norma baharu dalam aktiviti harian kerana pandemik COVID-19 belum lagi beakhir walaupun kelonggaran SOP diberikan kepada individu yang sudah melengkapkan vaksin mereka.

"Piawaian kebersihan dan kesihatan awam mungkin perlu ditambah baik serta diperkukuhkan lagi. Kempen kesedaran mengenai pandemik ini perlu terus dilakukan.

"Peraturan dan kawal selia baharu untuk sektor makanan serta minuman juga perlu dikuatkuasakan. Pihak berkuasa tempatan perlu melihat semula semua keperluan pasar basah dan kering, pusat penjaja juga pemilik gerai," ujarnya.

Beliau menambah, semua ini akan meningkatkan keyakinan pelanggan.

Menurutnya semua ini akan menjadi amalan jangka panjang selain kehendak serta komitmen politik amat penting bagi tujuan itu.

"Membenarkan perniagaan beroperasi apabila semua pekerja dan pelanggan sudah melengkap dos vaksin adalah cara lebih praktikal dengan objektif mencapai imuniti berkelompok pada masa sama menggalakkan orang ramai mendapat vaksinasi,"

"Dari segi ekonomi, negara telah menerima hentaman amat kuat dan ini tidak pernah kita alami seperti kemerosotan ekonomi yang memberi kesan hampir kepada semua sektor di seluruh negara.

"Setelah ditutup hampir dua tahun ekoran pelaksanaan kawalan pergerakan dan sekatan perjalanan, dapat dilihat 'kelesuan' ketara sektor ekonomi  bukan hanya di Malaysia tetapi seluruh dunia," ujarnya.

Bagaimanapun tegasnya, sebarang langkah baharu ditetapkan, ia mesti berdasarkan data sains dan perubatan sebagai asas keputusan diambil.

Menurutnya mencapai keseimbangan antara kehidupan dan punca pendapatan adalah tugas yang amat rumit.

Justeru ujarnya, kerajaan mesti dapat menganalisa statistik dan memperinci maklumat daripada saintis dan pakar sebelum memperkenalkan dasar-dasar serta garis panduan yang boleh disokong oleh bukti juga data profesional dan sainstifik.

"Mungkin ada padangan berbeza dari aspek yang berbeza, sekurang-kurangnya ada dasar dalam proses membuat keputusan. Ini akan meningkatkan keyakinan rakyat dalam seluruh proses memerangi pandemik (COVID-19)," tambahnya.

Pada Ahad Muhyddin ketika mengumumkan kelonggaran SOP itu berkata seseorang diiktiraf menerima vaksinasi lengkap tertakluk kepada jenis vaksin yang memerlukan dua dos iaitu individu yang menerima Pfizer, AstraZeneca dan Sinovac mestilah telah melepasi hari ke-14 dari tarikh suntikan dos kedua.

Manakala individu berkenaan harus melepasi hari ke-28 dari tarikh suntikan bagi jenis vaksin yang hanya memerlukan satu dos seperti Johnson & Johnson dan CanSino.

Antara SOP yang dilonggarkan ialah rentas daerah dibenarkan dan individu terbabit hanya tunjuk sijil digital vaksin lengkap kepada pasukan penguatkuasa di sekatan jalan raya.

Individu yang lengkap vaksin juga dibenarkan 'Dine-in' di restoran, kedai makan, club house dibenarkan dan pelanggan perlu tunjuk sijil digital vaksin lengkap.

Sementara itu pengusaha premis kedai makan diminta menyediakan lebih banyak ruang makan di bahagian luar premis bagi memastikan pengudaraan lebih baik.
Anak di bawah 17 tahun boleh dibawa 'dine-in' tetapi perlu mematuhi SOP ketat.

Ketika berita ini ditulis Sarawak menerusi JPBNS belum memutuskan jika kelonggaran tersebut akan turut dikuatkuasakan di negeri ini.


utusanborneo.com.my/2021/08/09




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-1-2025 09:18 AM GMT+8 , Processed in 0.033090 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list