CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 985|Reply: 1

[Sarawak] Kebenaran rentas daerah dan negeri dapat pelbagai reaksi

[Copy link]
Post time 9-8-2021 02:57 PM | Show all posts |Read mode
Kebenaran rentas daerah dan negeri dapat pelbagai reaksiKUCHING: Kebenaran merentas daerah atau negeri yang diumumkan kerajaan persekutuan untuk pasangan jarak jauh termasuk individu lengkap dua dos vaksin mendapat pelbagai reaksi daripada orang ramai.

Tinjauan Utusan Borneo mendapati ada masyarakat menyambut baik pengumuman itu dan tidak kurang juga berpendapat ia harus ditangguhkan memandangkan setiap negeri di Malaysia berada pada pelbagai tahap Pelan Pemulihan Negara (PPN).




Bagi Shahril Akmal Seman, 30, beliau menyambut baik pengumuman itu kerana sudah lama berjauhan dengan isterinya yang berada di daerah Song disebabkan urusan kerja di sini.

Menurutnya, kebenaran merentas daerah atau negeri itu merupakan perkhabaran positif terutama untuk pasangan suami isterinya yang sudah lama berjauhan ekoran situasi pandemik.

“Bukan sahaja dapat mengembalikan semula keceriaan keluarga bahkan dapat memberi keyakinan kepada orang lain untuk mendapatkan vaksin bagi mencapai imuniti kelompok.

“Saya yakin dengan langkah ketat yang diambil kerana sudah tentu boleh mengurangkan risiko dan seterusnya melindungi keluarga daripada ancaman virus COVID-19,” katanya yang sudah lengkap dua dos vaksin jenis Sinovac.


Pendapat sama turut disokong oleh Frank Edward Assan, 24, seorang pekerja swata yang berharap agar orang ramai terus berdisiplin dan mematuhi garis panduan (SOP) ditetapkan kerajaan.

Katanya, kebenaran perlu dimanfaatkan sebaiknya dan bukannya dijadikan peluang untuk berseronok atau bersiar-siar.

“Saya bersetuju dengan keputusan kerajaan ini, namun ia haruslah digunakan untuk kes-kes penting atau kecemasan dan bukannya perkara yang tidak berkepentingan.
“Ini perlu diambil kira memandangkan pandemik COVID-19 masih pada tahap yang membimbangkan seperti beberapa kawasan di negeri ini ,” katanya yang sudah lama tidak balik ke kampung sejak tahun lalu.

Berlainan pula dengan pendapat seorang suri rumah dari Sri Aman, Farena Assan, 25, berkata, kebenaran merentas daerah atau negeri tidak wajar diberikan ketika ini biarpun dalam fasa PPN.

“Saya kurang bersetuju dengan pengumuman ini kerana kalau kita lihat setiap hari masih ada kes baharu dilaporkan dan kebanyakannya berlaku di kawasan perkampungan.

“Sekiranya kelonggaran merentas daerah atau negeri diberikan ketika ini ia akan menyebabkan kebolehjangkitan merebak apabila kita bergerak dari satu kawasan ke kawasan yang lain,” katanya.

Baginya, keputusan kerajaan persekutuan itu masih dilihat berisiko dan berharap rakyat bersabar dahulu walaupun mereka sudah lengkap divaksin.
“Saya sudah lima bulan tidak berjumpa dengan suami dan ahli keluarga lain di Kuching kerana tidak mahu merisikokan keselamatan anak saya yang kini berusia lima bulan,” katanya.


Sementara itu, Sheika Sharmila Jaraiee, 25, penuntut institut pengajian tinggi di bandar raya ini berkata, kelonggaran kepada individu yang telah melengkapkan dua dos vaksin perlu dilaksanakan dengan berhati-hati.

“Biarpun SOP disediakan dengan ketat, namun tidak dinafikan ada segelintir pihak akan mengambil kesempatan atas kelonggaran ini. Justeru, saya harap kerajaan Sarawak akan membuat keputusan tepat bagi memastikan penularan wabak ini dapat dibendung,”ujarnya.

Terdahulu, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan pasangan suami isteri jarak jauh yang telah mendapat vaksin dos lengkap dibenarkan rentas daerah atau negeri untuk bertemu pasangan masing-masing.

Menurutnya, kebenaran itu terpakai ke atas semua fasa dalam PPN berkuat kuasa pada Selasa ini, 10 Ogos.

“Selain itu, individu yang sudah menerima vaksin lengkap dan menetap di negeri Fasa Dua PPN juga dibenarkan melakukan perjalanan rentas daerah,” katanya.


utusanborneo.com.my/2021/08/09





Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-8-2021 09:41 AM | Show all posts
Bagi FC ... masih tak setuju dengan kebenaran rentas daerah ni...
masih terlalu awal...


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-12-2024 01:54 PM GMT+8 , Processed in 1.804172 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list