|
London: Benteng pertahanan Liverpool sekali lagi timpa malang sebelum musim baharu bermula apabila Andy Robertson mengalami kecederaan dalam aksi persahabatan menentang Athletic Bilbao, semalam.
Insiden berlaku ketika pemain Scotland berusia 27 tahun itu cuba menyekat pemain Bilbao melakukan hantaran ke dalam kotak penalti.
Dia kemudiannya digantikan pemain muda, Owen Beck dengan Jurgen Klopp menyedari masa semakin suntuk buat Robertson pulih menjelang aksi pertama Liga Perdana pada Sabtu ini.
Reds seri 1-1 dengan Bilbao selepas jaringan Diogo Jota pada minit ke-13 disamakan Alejandro Berenguer Remiro pada babak kedua.
Ketika ditanya mengenai kecederaan Robertson, Klopp berkata: "Kami tidak tahu tahap keseriusannya ketika ini.
"Dia dapat bola, kami menyaksikannya di televisyen dan buku lalinya terlipat. Tetapi kami tidak dapat menjelaskan lebih lanjut.
"Dia akan menjalani pemeriksaan lanjut esok dan kemudian baru kita tahu tahapnya.'
Selepas satu lagi aksi persahabatan menentang Osasuna esok, Liverpool bakal memulakan kempen musim baharu dengan menentang Norwich City pada Sabtu ini.
Musim lalu Klopp menyaksikan kelabnya gagal mengekalkan gelaran liga selepas beberapa pemain utama mengalami kecederaan.
Tonggak pertahanan Virgil van Dijk dan Joe Gomez terpaksa berehat panjang susulan mengalami kecederaan sebelum Krismas manakala Joel Matip kerap berdepan masalah kecergasan.
sumber : HMetro
|
|
|
|
|
|
|
|
ROBERTSON kesakitan selepas mengalami kecederaan buku lali. FOTO Agensi |
|
|
|
|
|
|
|
mmm...memacam la....epl dh nk start ni. |
|
|
|
|
|
|
|
so manfaatkan pemain muda yang lain |
|
|
|
|
|
|
| |
|