View: 808|Reply: 1
|
Hodak puji aksi benteng pertahanan
[Copy link]
|
|
Kuala Lumpur: Keampuhan benteng pertahanan Kuala Lumpur City FC (KL City) dianggap kunci kepada kejayaan mengutip tiga mata penuh apabila berjaya menjinakkan Petaling Jaya City FC (PJ City) 1-0 di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras, malam tadi.
Jelas pengendali KL City, Bojan Hodak, beliau memuji persembahan barisan pertahanan yang mudah mematahkan setiap gerakan lawan sekali gus menghadirkan keyakinan rakan sepasukan untuk mencipta jaringan.
Dalam aksi itu, gol tunggal perlawanan dihasilkan ketua pasukan, Paulo Josue pada minit ke-31 sekali gus menamatkan badi seri dalam empat aksi secara berturut-turut sebelum ini.
"Penting tiga mata kepada kami, saya rasa pertahanan bermain sangat baik sebab di mana saya merasakan selama 90 minit PJ City gagal memasuki kubu kami.
"Bahagian tengah kami bermain dengan baik, tetapi bahagian serangan kami tak boleh nak harapkan lebih, di mana dua tiga penyerang kami tidak beraksi ekoran kecederaan dan masalah kesihatan.
"Kami gembira dengan tiga mata ini dan paling penting kami tidak dibolosi," katanya.
Sementara itu, jurulatih PC City, P Maniam mengakui pemainnya lambat panas apabila lebih banyak bertahan dengan menyerap asakan pasukan tuan rumah.
"Dalam babak pertama khususnya 20 minit awal kami banyak main di bahagian kami sahaja dan tak dapat keluar dari tekanan. Walaupun apapun, masih ada satu atau dua keadaan kita boleh keluar dan bermain dengan bagus.
"Namun kesilapan pemain saya membuatkan kami dihukum dan dibolosi. Kami cuba bangkit dengan membuat banyak pertukaran tetapi masih gagal menemui gol," kata Maniam.
Hasil kemenangan itu, KL City kini mengumpul 24 mata untuk berada di tangga keenam, manakala PJ City dengan 18 mata di kedudukan kelapan.
sumber : HMetro
|
|
|
|
|
|
|
|
Pemain KL City, Romel Oswaldo Morales Ramirez (tengah) mengawal bola daripada pemain PJ City dalam aksi Liga Super. FOTO Mohamad Shahril Badri Saali |
|
|
|
|
|
|
| |
|