CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 706|Reply: 0

[Sabah] OKT cetus kluster baharu di lokap IPD Sandakan

[Copy link]
Post time 8-8-2021 07:22 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 8-8-2021 11:24 AM

OKT cetus kluster baharu di lokap IPD Sandakan


KOTA KINABALU: Orang Kena Tahan (OKT) mencetuskan satu kluster baharu di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sandakan.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Masidi Manjun berkata, Kluster Lebuh Empat, Sandakan melibatkan seorang OKT lelaki, 63, yang disahkan positif COVID-19 dalam saringan OKT.

"OKT itu didaftarkan pada 5 Ogos 2021 hasil saringan itu. Saringan kontak dijalankan dengan mengambil 122 sampel.

"Daripada jumlah itu, 50 sampel dikesan positif, termasuk 39 kes baharu kelmarin iaitu 35 OKT dan empat anggota IPD Sandakan. Manakala, baki 71 sampel didapati negatif," katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Beliau berkata, satu lagi kluster dikesan pada 7 Ogos 2021 tercetus dalam komuniti. Kluster Sarikan, Nabawan melibatkan lelaki, 34, yang disahkan positif COVID-19 pada 3 Ogos 2021 setelah bergejala demam, sakit tekak, selesema, batuk, hilang deria rasa dan bau sejak 27 Julai 2021.

Katanya, daripada 48 kontak yang disaring, 14 individu dikesan positif termasuk satu kes baharu kelmarin dan telah dirujuk ke hospital untuk rawatan lanjut dan pengasingan.
"Manakala, 34 individu masih menunggu keputusan saringan pertama," katanya.

Dalam pada itu katanya, sebanyak 39 kompaun melanggar SOP COVID-19 telah dikeluarkan seluruh Sabah.

Selain itu katanya, Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) telah menjalankan pematuhan SOP ke atas 293 premis perniagaan dan 487 individu di 18 kawasan.

"Dua kompaun dikenakan ke atas premis dengan kesalahan beroperasi lebih masa atau tanpa kebanaran di Lot 33 & 34 Ground Floor University Plaza dan Power Co Elektrik Sdn. Bhd.

"Tujuh kompaun dikenakan ke atas individu dengan kesalahan individu gagal mendaftar  masuk premis menggunakan aplikasi MySejahtera atau Buku Pendaftaran di gerai-gerai tepi Jalan Kopungit (3 Orang) dan Sengheng Elektrik Sdn. Bhd. (4 Orang)," katanya.

utusanborneo.com.my/2021/08/08


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-12-2024 01:24 PM GMT+8 , Processed in 0.518001 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list