CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 760|Reply: 0

[Sarawak] Kuarters pekerja di Bintulu dikenakan PKPD

[Copy link]
Post time 8-8-2021 07:03 PM | Show all posts |Read mode
Kuarters pekerja di Bintulu dikenakan PKPD
KUCHING: Sebuah kuarters pekerja di Bintulu iaitu Kuarters Pekerja Nam Joon Trading dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) dalam kenyataan berkata arahan PKPD ini berkuat kuasa mulai 7 hingga 20 Ogos ini.

“PKPD di Rh Peter Mudai, Sungai Sian, Bintangor di Meradong pula ditamatkan hari ini termasuk di Rh Wat Jikang di Julau.

“Turut ditamatkan hari ini PKPD di Rh Mulok, Klua Krian di Saratok dan Rh Jelaping Anak Sumok di KM 22 Jalan Tatau/Sangan,” katanya.

Dalam pada itu polis Sarawak telah mengeluarkan 12 notis kompaun di Kuching (7), Bintulu (3) dan Lundu (2).

Notis kompaun ini dikeluarkan atas kesalahan ingkar garis panduan (SOP) tiada penjarakan fizikal (6), gagal mengimbas kod QR MySejahtera (3), merentas daerah tanpa permit (2) dan tidak memakai pelitup muka di tempat awam (1).

Manakala Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak mengeluarkan lima kompaun di bawah seliaan Majlis Perbandaran Sibu atas kesalahan tiada penjarakan fizikal.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kompaun dikeluarkan polis dan kementerian berkenaan masing-masing 9,759 dan 1,388 setakat ini.



utusanborneo.com.my/2021/08/08




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-12-2024 01:59 PM GMT+8 , Processed in 0.503518 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list