CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 641|Reply: 0

[Sarawak] Covid-19 08/08/2021 581 Kes baharu

[Copy link]
Post time 8-8-2021 06:54 PM | Show all posts |Read mode
581 kes COVID-19, tiada kematian di Sarawak

KUCHING: Sarawak hari ini merekodkan 581 kes baharu COVID-19 dengan daerah Kuching terus merekodkan kes jangkitan harian tertinggi sebanyak 263 kes.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) dalam kenyataan berkata Serian merekodkan 84 kes, Sri Aman (42), Samarahan (33), Bau (30), Bintulu (22), Sibu (21) dan Selangau (16).

Lain-lain kes dikesan di Tatau (14), Miri (12), Lundu (12), Meradong (6), Asajaya (6), Kapit (4), Pusa (3), Lubok Antu, Subis, Tebedu dan Beluru masing-masing dua kes dan masing-masing satu kes di Sarikei, Simunjan, Saratok, Kanowit dan Telang Usan, menjadikan keseluruhan kes positif di Sarawak kini 81,328 kes.

“Daripada 581 kes baharu yang dilaporkan, 514 kes tidak bergejala dan 67 kes bergejala.

“Selain itu, 269 daripada 581 kes yang dilaporkan ini melibatkan individu yang mempunyai kontak rapak kepada kes positif COVID-19, 109 kes melibatkan individu dalam kluster aktif sedia ada dan 52 kes saringan individu bergejala di fasiliti kesihatan.

“Manakala 145 kes merupakan lain-lain saringan di fasiliti kesihatan, tiga kes Import B individu balik dari Kuala Lumpur (2) dan Sabah (1) serta tiga kes Import A individu balik dari Indonesia (2) dan Singapura (1),” katanya.

JPBNS turut memaklumkan tiada kes kematian dilaporkan di Sarawak dengan jumlah keseluruhan kes kematian akibat COVID-19 bagi negeri ini sebanyak 468 kes.
Terdapat 277 kes pulih dan dibenar discaj menjadikan jumlah yang telah pulih dan dibenar discaj kini seramai 73,226 orang.

Jumlah kes masih aktif dan mendapat rawatan serta diasingkan di wad hospital dan pusat kuarantin dan rawatan berisiko rendah COVID-19 adalah seramai 7,429 orang.

Dalam pada itu, daerah Telang Usan kembali ke status kuning daripada jingga setelah merekodkan 16 kes jangkitan tempatan dalam tempoh 14 hari lepas.

Lima daerah iaitu Bukit Mabong, Lubok Antu, Matu, Marudi dan Limbang kekal berstatus hijau, 11 daerah berstatus kuning, enam daerah berstatus jingga dan 18 daerah berstatus merah.


utusanborneo.com.my/2021/08/08




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-12-2024 01:16 PM GMT+8 , Processed in 0.291003 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list