CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 767|Reply: 0

[Sarawak] Dos kedua vaksin AZ bermula Isnin ini

[Copy link]
Post time 7-8-2021 09:41 PM | Show all posts |Read mode
Dos kedua vaksin AZ bermula Isnin ini


Lee ketika menemui salah seorang penerima vaksin ketika lawatan di PPV IKBN hari ini.

MIRI: Sejumlah 9,902 dos kedua suntikan Vaksin AstraZeneca (AZ) diberikan bermula Isnin ini di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Miri.

Menteri Bertanggungjawab Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian Miri (JPBBM) Datuk Lee Kim Shin berkata, suntikan diberikan sehingga 27 Ogos berdasarkan janji temu yang ditetapkan dalam Aplikasi MySejahtera dan Kad Vaksinasi.

Beliau berkata demikian setelah mengadakan lawatan di PPV Dewan Universiti Curtin Malaysia (Curtin) dan PPV IKBN hari ini.

Lee yang juga Menteri Pengangkutan dan ADUN Senadin berkata, suntikan dos kedua bagi vaksin Sinovac tamat pada 8 Ogos dengan sebanyak 570 dos diberikan pada hari terakhir.

Menurutnya, PPV IKBN telah memberi sebanyak 18,104 dos vaksin Sinovac kepada umum.

"JPBB Miri berterima kasih kepada pasukan Health Care Organiser (HCO), Dr Kang daripada Kang Family Clinic serta sukarelawan dalam memastikan proses pemberian vaksin Sinovac dan proses peralihan daripada Sinovac kepada AZ berjalan lancar," jelasnya.

Mengulas tentang pengambilan vaksin secara 'walk-in', Lee memberitahu, sehingga 6 Ogos, sebanyak 2,472 dos pertama suntikan vaksin telah diberikan di PPV Curtin sejak 23 Julai.
"JPBB Miri sekali lagi ingin menegaskan pentingnya untuk semua penduduk bahagian Miri yang layak untuk mendapatkan vaksin," jelasnya.

Mereka yang berusia 18 tahun ke atas yang belum mendaftar atau menerima vaksin boleh memberi butiran melalui Whatsapp kepada 011-9284348/011-59424290 atau menghubungi talian 085-322737/085-322301 untuk mendapatkan temujanji vaksin.

Selain PPV Curtin, mereka boleh 'walk-in' ke PPV Dewan Eastwood dan PPV Dato' Lee Teck Fook di Sekolah Menengah Jalan Riam bermula jam 9 pagi hingga 5 petang.

"Walaupun sudah divaksin, penduduk bahagian Miri masih perlu sentiasa berwaspada dan terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) pencegahan COVID-19," tegasnya.


utusanborneo.com.my/2021/08/07




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-5-2024 12:12 PM GMT+8 , Processed in 0.459221 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list