|
nagapompuan replied at 8-8-2021 11:36 PM
Gigih gue membaca karangan sepanjang alam. Dah abih still blur dok pahe. Gapo dio?
Cerita nya begini... Pada hari mereka nak checkout..mereka bertiga (perawat) ni terjumpa beg tertinggal. Mereka hendak tahu beg sapa,makanya kena lah buka beg tu.
Bila buka,perawat ni jumpa banyaak gambar dengan jarum dalam beg. Masa tu ustaz perlis tu xda. Dari situ la terbongkar cerita, yang ustaz perlis tu la yang hantar santau. |
|
|
|
|
|
|
|
matjerk replied at 8-8-2021 04:37 PM
Oic. Tok singa tu aku mula tgk maca pencarian acap yg hilang dulu tu. Aku tgk jugak la live team d ...
Cara masing2 kan..tp aku rasa dia jd naik angin tu sbb seolah2 ustaz ana ante tu akn burukkan nama depa as perawat la..
Ramai2 nak tolong ok la..sbb xda byrn pun..iklas..cuma jgn la menangguk di air keruh..apapun moga mudah urusan sesiapa yg mengalami gngguan mcm ni..
|
|
|
|
|
|
|
|
sihir la sangat. nampak sangat benda dibuat2 dan dihebahkan. sebelum kena "sihir" famous tak dia? lepas kena "sihir" terus semua orang tahu siapa dia kan? marketing effort je ni. |
|
|
|
|
|
|
|
siapa mereka ni, sekadar berkongsi kisah ke?.. Allahu santau mati ni memang jadi amalan mudah manusia, tak kira agama bangsa.. Alfatihah
|
|
|
|
|
|
|
|
yg ni betul. iols pun heran, masa dia nak hantar anak dia ke hospital dok buat live. tak faham |
|
|
|
|
|
|
|
Lagubestbest replied at 9-8-2021 12:47 AM
2 anak Kak Gee sakit.
doktor 3 ekor volunteer datang rawat.
venue kat homestay.
i like ur summary |
|
|
|
|
|
|
|
Kak gee ni upload kat mana... IG ka fb??? Masa merawat pon die sibokk dgn hp die... Kuat betol main socmed... Dh tua2x |
|
|
|
|
|
|
|
kes ni viral kononya anak perempuan dia yang cantik tu jadi gila macam tu.
ni dah kantoi mak sendiri santau
nak kesian mendenya.
|
|
|
|
|
|
|
|
Pengamal perubatan tradisional dipukul kerana didakwa lakukan sihir
Siti Rohana Idris 3 hrs ago
Tumpat: Seorang pengamal perubatan tradisional membuat laporan polis selepas mendakwa dipukul sekumpulan lelaki kerana menuduhnya menjalankan rawatan salah.
Lelaki berusia 39 tahun yang berasal dari Perlis itu membuat laporan di Balai Polis Kubang Kerian pada petang Jumaat lalu selepas insiden dia dipukul empat lelaki.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat berkata, mangsa datang ke Kelantan bagi membincangkan urusan rawatan tradisional rakannya dengan suspek.
"Dalam insiden malam Rabu lalu, mangsa ke sebuah inap desa di Kubang Kerian untuk berjumpa dengan empat lelaki yang dikenali dengan panggilan Tok Singa, Tok Hijau, Wan Selamos dan Idris.
"Ketika berada di inap desa itu, mangsa dipukul oleh suspek dengan menggunakan batang plastik dan penyangkut baju kerana tidak berpuas hati dengan mangsa yang dikatakan menjalankan perubatan dengan cara yang salah.
"Mangsa mengalami lebam di mata kiri serta calar di muka dan mendapat rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) Kota Bharu namun ditahan di wad kerana masalah obesiti dan kencing manis," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Susulan itu Shafien berkata, seramai enam lelaki yang berusia dalam lingkungan 32 hingga 42 ditahan dan dilepaskan dengan jaminan polis selepas selesai memberi keterangan.
Kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan atas kesalahan mendatangkan kecederaan dengan sengaja.
Baru-baru ini tular sebuah video menerusi Facebook seorang daripada suspek memaparkan insiden selisih faham sekumpulan lelaki yang menuduh mangsa menjalankan rawatan perubatan yang salah terhadap sebuah keluarga.
Dalam video berdurasi satu jam 44 minit itu turut dikatakan berlaku insiden mangsa dipukul beberapa individu yang berada di lokasi itu yang dikatakan menjalankan kaedah sihir.
© New Straits Times Press (M) Bhd |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Lagubestbest at 9-5-2024 08:01 AM
- - - |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Lagubestbest at 9-5-2024 08:01 AM
- - - |
|
|
|
|
|
|
|
wah! Chengkiu. summary yang terbaik. agak clear sekarang.
|
|
|
|
|
|
|
|
gila oohhh..
|
|
|
|
|
|
|
| |
|