CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1259|Reply: 2

[Sabah] Jangan risau ke PPV SICC, maklumat pesakit positif ke sana palsu

[Copy link]
Post time 7-8-2021 01:40 PM | Show all posts |Read mode
Jangan risau ke PPV SICC, maklumat pesakit positif ke sana palsu

KOTA KINABALU: Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Panglima Masidi Manjun menasihatkan orang ramai untuk tidak mempercayai khabar angin berkenaan pusat pemberian vaksin (PPV) yang terdedah dengan penularan COVID-19.

Beliau berkata maklumat isu PPV Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) yang mendakwa kononnya dikunjungi beberapa individu positif COVID-19 adalah tidak benar.

“Maklumat yang turut mengarahkan semua pengunjung yang hadir ke PPV terbabit pada 31 Julai dan 1 Ogos lalu untuk  membuat ujian swab atau calitan adalah palsu.
“Saya ingin tegaskan bahawa arahan ini bukanlah sumber yang dikeluarkan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melainkan daripada golongan yang tidak bertanggungjawab,” katanya.

Beliau juga menasihatkan orang ramai agar tidak perlu risau untuk mengunjungi PPV SICC kerana semua ruangan dalam SICC adalah sentiasa disanitasi.
“Pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) kendiri adalah sangat ketat dalam kalangan orang awam dan juga petugas SICC sendiri,” katanya.

Dalam pada itu katanya setakat kelmarin, tiada suntikan baharu dibuat bagi Fasa 1 Dos 1 Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK)  dan ini menjadikan jumlah kumulatif kekal sebanyak 67,164 orang.

“Bagi Fasa 1 Dos 2 pula, tiada suntikan baharu dibuat pada hari ini menjadikan jumlah kumulatif kekal sebanyak 58,575 orang.

“Untuk Fasa 2 Dos 1 PICK pula merekodkan sebanyak 36,206 suntikan baharu dibuat menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 964,359 orang diikuti Dos 2 Fasa 2 yang sudah merekodkan 11,989 suntikan baharu harian dengan jumlah kumulatif sebanyak 378,033,” katanya.

Menurutnya Sabah juga merekodkan pendaftaran penerima vaksin sebanyak 11,909 kelmarin menjadikan jumlah kumulatif yang mendaftar sebanyak 1,250,606.
Tambahnya ini termasuklah 1,166,949 bagi aplikasi Mysejahtera dan 83,385 bagi pendaftaran Laman Web manakala Talian Vaksinasi sebanyak 272 bersamaan 45.3 peratus setakat ini.



utusanborneo.com.my/2021/08/07



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-8-2021 02:22 PM From the mobile phone | Show all posts
itu kalo yg tak bergejala....acanna...??@incik itu virus manyak kicik..mata tada nampak..jugak...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-8-2021 06:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Yang penting ikut SOP
Bila pi tempat ramai orang pakai 2 keping pelitup muka
Jaga jarak dan habis urusan balik terus jgn bersembang
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-12-2024 01:41 PM GMT+8 , Processed in 3.034161 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list