CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 905|Reply: 1

Skuad Projek FAM-MSN mula nampak hasil

[Copy link]
Post time 6-8-2021 07:22 PM | Show all posts |Read mode
Kuala Lumpur: "Projek ini bukan nak penuhkan poket sesiapa, tetapi untuk berikan mereka peluang."

Itu penegasan yang dibuat Pengarah Teknikal Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Ong Kim Swee selepas melihat peningkatan demi peningkatan yang dipamerkan skuad Projek FAM-MSN (Majlis Sukan Negara) khususnya sebaik saingan Liga Perdana disambung semula pada 24 Julai lalu.

Berdasarkan empat aksi liga setakat ini, skuad itu yang dianggotai majoritinya pemain-pemain berusia 20 tahun ke bawah berjaya memberi tentangan bermakna dengan pasukan yang lebih senior apabila hanya tewas tipis dalam tiga aksi dan seri sekali 0-0 dengan PDRM.

Paling mencuri tumpuan sudah pastinya kejayaan hampir mengejutkan pendahulu Liga Perdana Negeri Sembilan FC apabila hanya tewas 1-2 serta turut mencatat keputusan sama dengan Kelantan FC selain tumbang 0-1 kepada PKNS FC.

Keputusan terbabit jelas jauh lebih baik daripada sebelumnya apabila anak buah Yusri Che Lah sering menjadi mangsa belasahan dengan jumlah bolos yang besar.

"Kita kena faham dari awal pembentukan skuad ini, di mana objektif utama kita adalah untuk memberi pemain ini peluang kedua selepas tidak mendapat tempat dalam skuad utama kelab-kelab Liga Malaysia.

"Menerusi skuad ini, pemain-pemain yang jarang mendapat peluang disediakan platform untuk menunjukkan kemampuan mereka dan kini kita sudah nampak hasilnya. Memang dari awal mereka nampak bergelut tapi mereka sudah mula mencipta keputusan-keputusan yang lebih baik.

"Pendedahan beginilah yang diperlukan oleh mereka di mana mereka bukan saja menunjukkan potensi tapi apa yang lebih utama, mereka meraih banyak minit permainan," katanya kepada Arena Metro.

Skuad Projek FAM-MSN yang dibentuk pada awal musim ini adalah salah satu projek jangka panjang dengan sasaran untuk menghadapi Kelayakan Sukan Olimpik Paris 2024 yang akan bermula pada 2023.

Malah, skuad ini juga disandarkan harapan untuk menggegar di temasya Sukan Sea 2023 di Laos selain meneruskan kesinambungan kepada pembangunan pemain bagi memasuki tahap kompetitif di peringkat senior.

Ujar Kim Swee lagi, pasukan ini juga boleh dijadikan medan meminjamkan atau dipinjamkan oleh kelab-kelab utama Liga-M buat pemain muda mereka yang kurang meraih minit permainan.

"Sebenarnya kelab-kelab pun boleh 'loankan' pemain mereka, contohnya pemain muda yang jarang beraksi boleh beraksi untuk skuad projek ini...sekurang-kurangnya pemain itu boleh mendapat minit permainan.

"Kalau dah rasa pemain itu mula meningkat dan kelab boleh ambil semula. Pasukan asal tak payah risau ini pemain mereka, jadi di sini akan ada situasi menang-menang dengan kesan jangka panjang, pemain terbabit pastinya bersedia mewakili negara nanti," katanya.

Musim ini, skuad terbabit dibarisi seramai 30 pelatih dalam kalangan lepasan Akademi Mokhtar Dahari (AMD), produk Piala Belia, Piala Presiden serta Sekolah Sukan Malaysia dan negeri serta Pusat Latihan Daerah (PLD) di bawah Program Pembangunan Bolasepak Negara (NFDP).

sumber : HMetro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-8-2021 07:22 PM | Show all posts

PEMAIN Kelantan FC, Mohamad Hafizan Ghazali (baju merah) diasak oleh Pemain Projek FAM-MSN, Adam Iskandar Mohd Ishak pada perlawanan Liga Premier 2021 di Stadium Muhammad IV, Kota Bharu, 24 Julai lalu. FOTO Abdullah Nik Omar
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-1-2025 06:03 PM GMT+8 , Processed in 0.539873 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list